Langkau ke kandungan utama

Bertolak Ke Putrajaya...

Petang semalam, CC pejabat saya menerima panggilan dari ibu pejabat JBPM di Putrajaya. CC dimaklumkan bahawa pada 15 dan 16 April, iaitu esok dan lusa, akan diadakan kursus mengenai Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) di Putrajaya. Setiap negeri terlibat akan dikehendaki menghantar 2 wakil.

Seperti yang pernah saya ceritakan pada Mei dan Oktober tahun lepas, saya sememangnya pernah menikuti kursus asas HRMIS ini. Dan apabila kursus ini akan diadakan lagi, semua kakitangan bahagian saya sudah membayangkan bahawa saya sekali akan pergi. Memandangkan 2 orang dikehendaki menghadirinya, maka Man akan turut serta.

Saya dan Man dipilih kerana kami mudah memahami sistem ini. Sewaktu 2 kursus terdahulu, saya berjaya menarik perhatian wakil negeri lain apabila berjaya menguasainya dengan lebih cepat. Malah, pengajar yang didatangkan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut mengakui kelebihan kami selaku pelajar jurusan teknologi maklumat dalam menguasai dan memahami sistem ini. Tidak hairanlah apabila ada negeri lain yang merujuk pada kami. Antaranya ialah JBPM Pahang dan JBPM Johor.

Saya mula-mula terkejut gak sebab maklumat terlalu lambat. Sebelum balik semalam, kami menerima faks dari ibu pejabat mengenai kursus ini. Kursus yang akan bermula esok ini diadakan di Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli di Putrajaya. Kami akan menginap di Empress Hotel, Sepang. Setelah dirujuk oleh bos saya kepada Pengarah, Pengarah meluluskan penghantaran saya dan Man ke kursus ini walaupun kami hanya kakitangan sambilan. Pada mulanya Pengarah mahukan kakitangan tetap yang menghadirinya, tetapi setelah diterangkan oleh bos saya yang kami lebih mudah memahami, akhirnya Pengarah mengizinkan.

Bila saya dipilih, saya cukup gembira sebab ini boleh membantu saya untuk terus kekal di JBPM Terengganu ini untuk satu tempoh masa lagi. Tidak dapat dipastikan, tetapi saya yakin kontrak saya yang akan tamat penghujung bulan ini akan disambung semula.

Kejap lagi, saya akan bertolak ke Putrajaya bersama Man. Encik Mukhtar, iaitu pemandu untuk pejabat saya akan menghantar kami ke Putrajaya. Kami dijangkakan sampai petang nanti di Putrajaya.

Kalau sempat, saya akan menceritakan pengalaman saya di sana dari semasa ke semasa. Sama seperti dua kursus yang lalu. Cuma harapan saya adalah perjalanan kami ke sana tidak akan ditimpa sebarang masalah.

Ulasan

aieza samad berkata…
selamat datang ke tempat aku.
kalau ada mase nk jumpe call la.
tapi 2 hari ni aku ada kursus kat residence hotel uniten.hotel empress tu dkt dgn rmh aku.blh aku bawak korang jalan2 kat sini.
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
o...yeke...?

kitaorg abis esok...xsempat la kot...

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad