Syabas untuk pasukan Kelantan di atas persembahan yang baik di pentas akhir Piala FA semalam. Walaupun gagal untuk menjulang piala pertama dalam tempoh 39 tahun itu, namun pujian harus diberikan kerana berjaya mempersembahkan satu permainan yang seimbang dengan Selangor.
Bermain sepanjang 90 minit perlawanan gagal menghasilkan sebarang gol oleh kedua-dua pasukan. Namun, Kelantan yang berjaya memecah kebuntuan terlebih dahulu di masa tambahan melalui jaringan Nor Farhan. Namun, pemian terbaik perlawanan, Amri Yahyah berjaya menyamakan kedudukan yang sekaligus membuka kembali persaingan untuk kedua-dua pasukan. Tetapi selepas itu, kedua-dua pasukan terus terikat sehingga perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.
Kegagalan Kelantan menyempurnakan dua sepakan memberikan peluang kepada Selangor untuk bergelar juara. Namun, saya cukup bangga kerana kekalahan melalui sepakan penalti bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan. Sekurang-kurangnya Kelantan kalah sebagai anak jantan yang melawan sehingga ke wisel terakhir. Mungkin cuma nasib tidak menyebelahi pasukan Pahlawan Merah ini.
Untuk pasukan Kelantan, jangan mudah putus asa kerana kita masih lagi di landasan yang baik untuk mengejar dua lagi kejuaraan utama tahun ini. Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia masih mampu untuk dijulang sekiranya para pemain meneruskan rentak cemerlang sehingga ke penghujung musim. Malah, masih ada masa untuk memperbaiki dan memperkemaskan pasukan agar menjadi lebih mantap dan hebat.
Ayuh Pahlawan Merah, kita buktikan kepada seluruh negara bahawa kita mampu untuk menjadi antara pasukan yang digeruni di Malaysia. Tiada apa yang mustahil jika kita gigih dan fokus dalam mengejar kejayaan. Ingat, Pahlawan Merah membawa semangat juang Tok Janggut yang tak pernah luntur. Gomo Kelate Gomo....

Ulasan
nanti x pasal2 kena buang negeri lak