Langkau ke kandungan utama

Hasil Tinjauan Di Balai...

Ahad lepas, saya dan Man mulakan pemeriksaan komputer di balai-balai yang selanjutnya. Ada 8 balai lagi yang tak siap iaitu balai di Wakaf Tapai, AMBS, Cheneh, Kemaman, Chukai, Kerteh, Paka dan Dungun. Selepas tamat majlis pada pagi Ahad, kami terus bertolak.

Kami mula di balai Wakaf Tapai sekitar jan 11 pagi. Makan masa juga kat sana sebab ada beberapa masalah yang berkaitan. Kemudian, kami bertolak pula ke balai AMBS dan Cheneh. Sebab kesuntukan masa, kami hanya siapkan tiga balai pada hari Ahad. Lepas siap pemeriksaan di balai Cheneh, kami bergerak ke Kemaman untuk bermalam. Pada mulanya kami ingat nak bermalam di balai Kemaman, tapi tak jadi. Kami cari hotel murah yang berdekatan. Akhirnya, kami bermalam di Hotel Chukai Utama, berhadapan dengan balai Chukai. Lepas rehat kejap, kami keluar makan. Pemandu kami bawa makan di kedai makan dekat sempadan Kuantan. Siap makan, kami balik je hotel sebab nak kena rehat.

Semalam, awal-awal lagi kami sampai di balai Kemaman untuk buat pemeriksaan. Walaupun setiap balai ada beberapa masalah, kami terpaksa singkatkan masa kami sebab kami terpaksa siapkan kesemua lima balai yang tinggal semalam. Memang letih gak sebab terpaksa berkejar ke setiap balai. Akhirnya, siap juga kerja kami.

Sepanjang kami buat pemeriksaan di balai-balai sejak minggu lepas, banyak benda yang dapat kami perhatikan, khususnya dari segi pengurusan peralatan komputer dan perkara-perkara yang berkaitan. Secara peribadi, saya faham kenapa keadaan kompuetr di balai-balai agak teruk dan kurang memuaskan. Mereka sebenarnya kurang pendedahan dan pengetahuan mengenai pengurusan peralatan sebegini. Maklumlah, kebanyakannya terdiri dari kalangan yang sudah berumur. Jadi, mereka tidak tahu cara terbaik menjaga dan menyelia penggunaan peralatan sebegini.

Tidak dinafikan bahawa terdapat anggota muda yang mempunyai pengetahuan mengenai komputer. Mereka yang sedikit sebanyak membantu penggunaan komputer di balai. Namun, pengetahuan mereka masih terhad. Sekadar membantu menyelesaikan masalah yang mudah.

Cuma, apa yang membuatkan saya pening kepala adalah gelagat anggota yang mungkin mahir berbanding anggota lain dalam penggunaan komputer. Maklumlah, bila dah pandai, semua nak buat sendiri sehinggakan mereka melakukan beberapa perkara yang salah dari segi prosedur. Antaranya ialah menggunakan beberapa perisian tidak original pada komputer milik jabatan. Apa yang saya dapat lihat, terdapat beberapa komputer yang telah diubah sendiri oleh sesetangah anggota. Mereka menggunakan perisian cetak rompak untuk sistem pengoperasian komputer dan beberapa perisian lain. Mungkin mereka sekadar nak guna perisian baru, tapi mereka tidak sedar bahawa menggunakan perisian cetak rompak pada peralatan hak milik kerajaan adalah satu kesalahan. Ini boleh menjejaskan nama baik jabatan.

Kami juga dapat perhatikan beberapa masalah yang timbul di balai sepanjang lawatan kami selama seminggu. Mungkin ada di antaranya adalah di luar bidang tugas saya, namun rasanya tak salah jika saya sekadar ingin membantu membetulkan kembali beberapa perkara yang kurang elok. Walaupun bukan secara terus, tapi saya bercadang untuk membincangkannya dengan bos saya. Mungkin dia dapat buat sesuatu.

Bagaimanapun, lawatan yang saya lalui ini mendatangkan banyak lagi pengalaman baru untuk saya. Pelbagai gelagat dapat saya tengok. Ada yang baik, ada juga yang kurang elok. Diharapkan semua ini dapat membantu saya untuk menjadi insan yang lebih berguna pada semua di sekeliling saya. INSYAALLAH...

Ulasan

CNcity's Enterprise berkata…
come2 let visit us.. www.sulamancreative.blogspot.com

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad