Hari ni, rakyat Terengganu dikejutkan dengan berita mengenai kejadian Stadium Sultan Mizan runtuh. Sebagai salah seorang kakitangan di JBPM Terengganu, saya mengetahuinya lebih awal.
Dalam sekitar jam 10.00 pagi, ada pengumuman mengenai kejadian kemalangan si lokasi tersebut. Pada mulanya kami ingatkan hanya kemalangan biasa. Namun, tak lama kemudian, kami di pejabat mendapat maklumat bahawa berlaku runtuhan pada stadium tersebut. Memang saya pun terkejut masa tu. Pada mulanya saya nak ikut ke tempat kejadian, tetapi saya terlibat pula dengan mesyuarat di pejabat sebagai jurugambar.
Macam-macam maklumat saya dengar dari mulut orang lain mengenai kejadian itu. Namun, saya sukar nak pastikan kesahihannya. Tapi, saya akhirnya berpeluang untuk ke tempat kejadian apabila saya dan Man diminta membeli makanan dan minuman untuk anggota yang terlibat di sana. Selepas membeli makanan tersebut, kami bertolak terus ke lokasi kejadian. Kami sampai dalam jam 2.30 petang tadi.
Memang terkejut jugak bila tengok. Bumbung memang dah runtuh ke bawah. Menurut pegawai operasi, semasa runtuhan, ada pekerja di dalam bangunan yang turut menempatkan gelanggang tenpin boling. namun, tiada sebarang kecederaan yang berlaku.
Saya sebenarnya tahu punca runtuhan. Tapi, saya tak dapat kongsikan lagi kerana perlu mendapat maklum balas dari pihak pegawai operasi terlebih dahulu. Namun, saya dapat kongsikan di sini gambar yang saya ambil. Tapi dari luar sahaja. INSYAALLAH, mungkin dari laporan selepas ini, saya akan memberi maklumat lain dengan lebih lanjut.
Ulasan