Langkau ke kandungan utama

Sepak Mula Bersejarah...

Dua pemain yang bakal menjadi tumpuan, Khairul Fahmi dan Safee Sali.

Hanya tinggal beberapa jam saja lagi, sepak mula Liga Malaysia 2011 akan berlangsung. Perlawanan utama tentunya pertembungan 2 juara musim 2010 untuk merebut Piala Sumbangsih. Selangor, Gergasi Merah bakal melayan kunjungan Kelantan, Pahlawan merah di Stadium Shah Alam.

Pertembungan ini bakal menarik perhatian jutaan peminat bola sepak tempatan. Selepas insiden yang berlaku musim lepas, tentunya pertembungan kali ni dianggap sebagai 'panas'. Namun, diharapkan tidak ada lagi insiden seumpama itu berlaku.

Kedua-dua pasukan menampilkan beberapa pemain yang beraksi cemerlang sepanjang kejohanan Piala AFF Suzuki bulan lalu. Dengan Selangor bakal dibarisi penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali serta pemain lain seperti Shafiq Rahim, Amirulhadi, Amri Yahyah, tentu sekali mereka akan bermain bermati-matian sepanjang perlawanan. Kelantan pula agak goyah sejak beberapa hari sebelum pertandingan. Dengan pelbagai masalah yang menimpa, Kelantan dianggap sebagai 'underdog'. Malam ini, tentunya harapan diletakkan di bahu Khairul Fahmi, penjaga gol kebangsaan yang cemerlang sepanjang Piala AFF Suzuki 2010 yang lalu untuk menghalang cubaan dari bahagian serangan Selangor. Dengan Norshahrul Idlan Talaha belum pasti diturunkan, serangan Kelantan dilihat agak tumpul dengan hanya mampu mengharapkan beberapa pemain yang sedia ada.

Apa pun, diharapkan kedua-dua pasukan mampu menampilkan permainan terbaik. Saya doakan Pasukan the Red Warriors dapat mengekalkan momentum kemenangan selepas Piala Malaysia 2010.

Gomo Kelate Gomo...

(Gambar Berita Harian Online)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...