Lega rasanya. Akhirnya, surat pengesahan jawatan saya telah diterima. Berkuatkuasa 1 Januari lalu, saya disahkan sebagai penyelia untuk bahagian saya. Tempoh 6 bulan dalam pemerhatian telah tamat pada penghujung tahun lalu. Walaupun kenaikan gaji saya tak banyak sangat, tapi saya tetap bersyukur dengan apa yang saya dapat.
Untuk menambahkan lagi kelegaan saya, bahagian saya kini telah cukup kakitangannya. Sebelum ini, terdapat 2 kekosongan jawatan. susah gak kalau tak cukup kakitangan ni. Letih dan kalut dibuatnya. Mujurlah 2 orang kakitangan baru telah diambil bekerja untuk bahagian saya. Boleh la bahagian saya kembali berfungsi secara maksimum. Maklumlah, sekarang ni kami sibuk dengan promosi sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba awal Februari nanti.
Sekarang, tumpuan saya adalah untuk mengukuhkan bahagian saya dan mengemaskini semula tugasan yang sebelum ini agak kucar kacir semenjak kekurangan kakitangan. Moga-moga lepas ni bebanan tugas saya akan berkurangan. InsyaALLAH...

Ulasan