Langkau ke kandungan utama

Rumah Siap, Pahat Berbunyi...

Rumah dah siap, tapi pahat masih lagi berbunyi...

Perumpamaan itu selalu dikaitkan dengan majlis-majlis anugerah, terutamanya untuk Anugerah Juara Lagu. Boleh dikatakan hampir setiap tahun, akan ada cakap-cakap di kalangan orang ramai apabila sesuatu keputusan pada majlis tersebut diumumkan. Ada yang mempertikaikan dan tidak setuju dengan keputusan yang dibuat. Tidak ketinggalan juga untuk AJL 25 yang berlangsung pada Ahad lalu.

Ramai yang mempertikaikan kemenangan Ana Raffali untuk menjadi juara AJL 25. Pelbagai pendapat dan pandangan yang diberikan. Namun, itu semua tidak akan membantu apa-apa kerana juri telah membuat keputusan, dan setiap keputusan juri adalah muktamad.

Saya nak bagi pendapat pun, saya ni bukanlah tau pasal muzik. Apatah lagi nak menghasilkan lagu itu sendiri. Tapi pada pendapat saya, lagu yang memenangi AJL tidak boleh dinilai menerusi populariti lagu itu, atau populariti penyanyi yang menyanyikan lagu itu. Ini kerana AJL adalah pertandingan yang diwujudkan untuk memilih lagu yang terbaik. Lagu terbaik dari segi susunan melodi dan lirik yang mampu memberi kesan kepada pendengar. Kerana itulah pertandingan ini dinamakan Anugerah Juara Lagu, bukan Anugerah Juara Lagu Popular atau Anugerah Penyanyi Lagu Popular. Juri mempunyai kriteria yang telah ditetapkan untuk mengangkat lagu Tolong Ingatkan Aku sebagai juara untuk edisi Jubli Perak kali ni.

Sebagai peminat muzik Malaysia, rasanya tak perlulah kita ikut perasaan bila lagu yang kita harapkan gagal memikat hati juri. Tak perlulah sampai nak buka web untuk memboikot atau menguktuk individu-individu tertentu atas sebab ketidakpuasan hati kita sebab keputusan itu dibuat hasil perbincangan beberapa orang juri, bukan hanya seorang sahaja.

Berfikirlah secara rasional, bukan emosional. Demi untuk perkembangan industri muzik di Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...