Langkau ke kandungan utama

The Red Warriors 2011...

Jumaat lalu, berlangsung acara memperkenalkan pemain Kelantan untuk musim 2011 di perkarangan KB Mall. Saya sempat tengok sekejap je majlis tu sebab saya masih dalam masa bekerja.

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, Kelantan menerima kehadiran beberapa pemain baru ke dalam skuad The Red Warriors untuk saingan 2011 ini. Pemain-pemain ini adalah seperti Nurul Azwan Roya, K. Soley, Abdul Aziz Ismail, Danial Fadzly, dan anak kepada pemilik kelab Cardiff City, Nicholas Chan. Malah, Kelantan menerima kepulangan bekas pemain Kelantan sebelum ini, iaitu Khalid Jamlus dan Wan Rohaimi. Selainnya, Kelantan masih dibarisi beberapa pemain dari musim lepas dengan lilitan ketua pasukan kini pada lengan Piya, dan ditunjangi dua wira Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat.

Walaupun peminat dikejutkan dengan berita perpindahan mengejut 3 pemain utama Kelantan musim lalu, namun diharapkan pemain yang ada kini mampu mengekalkan momentum kejuaraan yang dimilik Kelantan untuk terus mempamerkan aksi hebat sepanjang musim 2011 ini.

Seluruh peminat The Red Warriors pasti ternanti-nanti aksi para pemain menjelang pertemuan Piala Sumbangsih pada 29 Januari nanti. Semoga Kelantan mampu mengucup satu lagi piala di awal musim 2011 ni.

Gomo Kelate Gomo....

Senarai Pemain Kelantan 2011


Jadual Perlawanan Kelantan Untuk Liga Super 2011

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perbezaan lelaki dan wanita

Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik).
Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa)

Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik)
Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang)

Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh)
Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka)

Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi)

Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap.
Manakala Wanita pula boleh mengeluarkan 100 pata…