Langkau ke kandungan utama

The Red Warriors Disentap Lagi...

B. Sathianathan

Semalam, 5 hari sebelum sepak mula perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah, Kelantan dikejutkan dengan berita rayuan KAFA terhadap hukuman kepada Ketua Jurulatih, B. Sathianathan dikekalkan oleh FAM. Berita ini ternyata menyentap semangat pemain dan peminat kerana perlawanan penting ini bakal berlangsung kurang dari seminggu.

Ternyata FAM sekali lagi membuat keputusan yang tidak bijak kerana membuat keputusan disaat-saat terakhir, ketika perlawanan hampir berlangsung. Ini bukan kali pertama Kelantan menghadapi masalah seumpama ini sepanjang kebangkitan semula skuad The Red Warriors. FAM seharusnya membuat keputusan lebih awal supaya pihak pengurusan pasukan dapat membuat pilihan bagi menggantikan tempat yang terpaksa dikosongkan selama 6 bulan itu. Ini kerana penolong jurulatih sekarang, Hashim Mustapha belum boleh mengendalikan skuad utama kerana tidak memiliki Lesen A.

Azrai Khor

Kini, KAFA dikatakan sedang cuba untuk berunding dengan bekas jurulatih Harimau Muda & Kedah, Azrai Khor Abdullah bagi melatih Kelantan bagi musim ini. Menurut Kelate.net, Azrai dikatakan berminat untuk melatih Kelantan, tetapi KAFA perlu berunding dengan FAM kerana Azrai masih terikat kontrak dengan Harimau Muda sehingga hujung tahun ini. Ramai pemerhati menganggap Azrai adalah pengganti yang sesuai kerana pengalamannya selama ini nyata membuktikan kebolehannya.

Peter Butler

Tidak kurang juga khabar angin yang mengatakan bahawa Peter Butler bakal kembali membimbing Kelantan. Namun, ianya tidak dapat disahkan secara sahih kerana belum ada tanda-tanda pasti untuk Peter Butler kembali kepada skuad The Red Warriors.

Apa pun keputusannya, sebagai peminat dan penyokong Kelantan, kita mengharapkan agar KAFA mampu membuat pilihan terbaik untuk pasukan The Red Warriors kerana perjuangan
kita untuk 2011 belum lagi bermula. Sebarang kseliapan dalam pemilihan bakal menggugat usaha kita untuk mengejar kejuaraan musim ini.

Kepada rakan penyokong sekalian, diharapkan semua dapat bersabar sehingga KAFA membuat keputusan. Apa yang penting, sokongan berterusan kita kepada pasukan The Red Warriors dalam mengharungi ujian getir sebegini. Kepada pemain, pastikan Piala Sultan Ahmad Shah pula dibawa ke Kelantan bagi membuktikan Kelantan tidak mudah mengalah.

Gomo Kelate Gomo...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...