Langkau ke kandungan utama

KAFA Pilih M. Karathu...

Akhirnya, Datuk M. Karathu dipilih sebagai Ketua Jurulatih Kelantan yang baru bagi menggantikan B. Sathianathan yang digantung oleh FAM. Perlantikan ini secara tidak langsung menamatkan sebarang spekulasi mengenai perlantikan jurulatih baru Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2011.

Walaupun Sathianathan bukan lagi ketua jurulatih, namun peranannya tetap penting kepada skuad The Red Warriors. Beliau dilantik sebagai Penasihat Teknikal & Pembangunan kepada Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa. Malah, Sathianathan dilantik sebagai CEO Akademi The Red Warriors. Selain itu, Sathianathan juga berperanan sebagai penasihat kepada barisan kejurulatihan skuad Kelantan. Ternyata jasa Sathianathan sebelum ini masih dihargai oleh KAFA.

Pagi ni, Karathu akan tiba ke Kota Bharu dan akan diperkenalkan kepada barisan pemain. Walaupun agak singkat, diharapkan Karathu dapat menggunakan masa 2 hari yang ada ini untuk menyusun strategi terbaik bagi menghadap Selangor dalam perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah pada hari Sabtu ini.

Kami warga Kelantan mengalu-alukan kehadiran Datuk M. Karathu ke dalam skuad The Red Warriors. Semoga Datuk M. Karathu berjaya meneruskan rentak kemenangan Kelantan untuk musim ini.

Gomo Kelate Gomo...

M. Karathu ketika menjadi jurulatih Kelantan 1993.
(Gambar dari http://mazram-iv.blogspot.com/)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

I'm Back...

Ya ALLAH...Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang dah ni...hehehe.. Setahun lebih dah blog ni kosong. Mood nak menulis tu macam dah hilang lepas kes laptop hilang tu..Huhu...sedih ni.. InsyaAllah..Saya cuba untuk update balik siki-sikit. Doakan supaya mood tu datang balik...Hehehe...