Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Harimau Malaya Hanya Seri...

Aksi perlawanan persahabatan Malaysia menentang Etoile FC semalam Semalam berlangsung aksi persahabatan dia antara skuad kebangsaan menentang kelab Perancis yang berpengkalan di Singapura, Etoile FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura itu berkesudahan dengan keputusan seri 1 - 1. Malaysia memperolehi jaringan pada separuh masa pertama hasil tandukan Ahmad Fakri Saarani. Keputusan 1-0 ini kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, akibat kelekaan pertahanan, Etoile FC berjaya menyamakan kedudukan melalui Hicham Bouchemlal. Walaupun beberapa percubaan dilakukan oleh Malaysia dan Etoile FC, namun tiada jaringan tambahan diperolehi selepas tamat masa perlawanan. Hasil keputusan seri ini, diharap jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal boleh mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014 yang akan bermula Jun nanti. Manfaatkan momentum kemenangan sebelum ini untuk mencipta sejarah bar

Earth Hour @ Pacific KB Mall...

Hari ni, seluruh negara menyambut sambutan Earth Hour. Sambutan bagi menyokong usaha memelihara bumi yang semakin terancam dek kerakusan manusia. Bumi yang semakin 'tenat' perlukan usaha dari semua untuk dipelihara dan dipulihara. Sudah beberapa tahun sambutan ini dianjurkan. Satu hari dipilih bagi memperingati hari ini. Seluruh dunia akan bergelap selama sejam bagi menandakan sokongan kita terhadap usaha menjaga bumi. Walaupun hanya sejam, tapi sekurang-kurangnya mampu mengurangkan tekanan yang ditanggung bumi. Saya sekarang sebenarnya berada di tempat kerja lagi. Di sini, sambutan diadakan bermula jam 8.30 hingga 9.30. Sekarang baru 8.45. Baru je 15 mini bergelap. Ada 45 minit lagi. Ni kali pertama saya duk kat tempat kerja sewaktu Earth Hour ni. Sebelum ni saya kat umah je. Sekarang di kawasan jualan, lampu hanya dibuka sedikit sahaja. Malah, kawasan dalam sudah gelap, terutamanya di kawasan simpanan barang. Pelanggan masih boleh berbelanja kerana kawasan jualan masih a

Iman Senipis Kapas....

   Video detik cemas (Sorry..Gambar terbalik...) Semalam, KB Mall sekali lagi digemparkan dengan kejadian yang boleh dikatakan mengejutkan. Seorang gadis telah telah berada di puncak bangunan dan cuba untuk terjun bagi tujuan membunuh diri.Gadis ini dikatakan menghadapi masalah keluarga dan cinta, hingga menyebabkan dia nekad untuk membunuh diri.   Gambar detik cemas dari wartawan Berita Harian. Dalam kejadian sekitar pukul 4 petang semalam, gadis ini dilihat berdiri di puncak bangunan oleh orang ramai. Gadis ini dilihat berjalan sambil memegang pisau di bahagian tepi atas bangunan KB Mall. Anggota bomba yang tiba cuba memujuk gadis tersebut, namun tidak diendahkan. Malah, beberapa kali gadis tersebut mengacukan pisau kepada anggota bomba tersebut. Anggota bomba terpaksa cuba turun ke arah gadis ini untuk dibawa ke atas. Apabila anggota bomba tersebut berjaya memegang tangan gadis itu, berlaku sedikit pergelutan kerana gadis ini meronta-ronta untuk terjun. Anggota bomba tersebut cub

Mimpi Mengatasi Realiti...?

   Semalam, keputusan SPM dah keluar untuk calon SPM tahun 2010. Macam biasa la, pelbagai ragam dan gelagat boleh dilihat pada hari pengumuman keputusan SPM ni dibuat. Ada yang gembira, ada sedih, dan ada juga yang macam terpinga-pinga dengan keputusan yang dia dapat. Reaksi sebegini memang boleh dilihat setiap kali keputusan SPM diumumkan, sebab saya sendiri pernah mengalami reaksi-reaksi sebegini.  Bagi adik-adik yang dah dapat keputusan, ini adalah masa yang paling penting untuk masa depan adik-adik semua. Adik-adik kena buat keputusan yang tepat untuk masa depan semua. Mana hala tuju yang bakal adik-adik lalui. Jika selama ini adik-adik selalu memasang angan-angan dan cita-cita untuk kerjaya dan masa depan, inilah masanya untuk cuba merealisasikan semua tu. Inilah langkah pertama yang perlu diambil. Kenapa saya cakap camtu...? Adik-adik boleh tanya pada mereka yang dah bekerja dan memiliki kerjaya mereka sendiri. Rasanya majoriti akan menceritakan betapa pentingnya hala tuju ya

Kelantan Berjaya Ke Separuh Akhir Piala FA 2011...

Akhirnya, The Red Warriors berjaya melepasi peringkat suku akhir Piala FA 2011 apabila menewaskan Felda United 3-0 di Kota Bharu. Dengan agregat 5-2, Kelantan bakal berentap dengan Selangor di separuh akhir nanti. Kelantan memperolehi gol pertama melalui jaringan S. Chanturu pada separuh masa pertama. Kelantan meneruskan rentak permainan menarik sepanjang permainan. Pada separuh masa kedua, Nurul Azwan Roya menjaringkan gol kedua Kelantan sebelum Nizab Ayub melengkapkan kemenangan 3-0 yang sekaligus membawa The Red Warriors ke separuh akhir. Apa yang menarik pada saingan separuh akhir nanti, 3 pasukan dari pantai timur bakal berentap dan sekaligus mengesakan satu slot pasukan pantai timur di akhir nanti apabila Terengganu bakal menentang Pahang. Jika Kelantan berjaya menumpaskan Selangor di pusingan separuh akhir, jelas sekali bahawa Piala FA 2011 akan dibawa ke negeri di pantai timur. Satu kebangkitan menarik dari pasukan pantai timur. Namun, saingan separuh akhir Piala FA hanya

Suka Akhir Pertama Piala FA 2011...

Kelantan memilih jalan berliku dalam saingan suku akhir Piala FA 2011 apabila sekadar seri 2-2 dengan Felda United semalam. Meskipun bermain di laman sendiri, Kelantan gagal menggunakan peluang untuk bekalan di pusingan kedua Sabtu nanti. Felda terlebih dahulu memperolehi gol menerusi jaringan Zamri Chin pada separuh masa pertama. Banyak percubaan dilakukan oleh pasukan Kelantan, namun gagal menemui sasaran. Piya menyamakan kedudukan untuk skuad The Red Warriors kembali mengikat Felda United. Jaringan Norshahrul Idlan Talah kemudian meletakkan Kelantan di depan. Namun, minit-minit akhir separuh masa kedua, Felda United memperolehi penalti yang disempurnakan oleh Liew Kit Kong. Keputusan seri 2-2 ini adalah sesuatu yang berat untuk diterima kerana Felda memperolehi bekal bermakna untuk perlawanan kedua Sabtu nanti. Berdasarkan gol di tempat lawan, Felda hanya perlu seri untuk melangkah ke separuh akhir. Dengan apa cara sekalipun, Kelantan perlu menang perlawanan Sabtu ini. Walaupun

Suka Duka...

Suka duka yang saya maksudkan ni sebenarnya adalah pasal sukan. Bukan pasal hubungan, keje atau apa-apa yang sama waktu dengannya...Hehehe... Suka Suka bila Datuk Lee Chong Wei berjaya mempertahankan kejuaraan All England. Paling manis, Chong Wei menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan 21-17, 21-17 dalam masa 51 minit. Ini kemenangan kedua Chong Wei di Kejohanan All England selepas kali pertama memenanginya tahun lepas. Dengan kemenangan ini, Chong Wei kembali merapatkan jurang kekalahan antaranya dan Lin Dan, selepas tewas kepada musuhnya itu pada Terbuka Korea yang lalu. Diharapkan kemenangan ini mampu berkekalan dan menjadi pembakar semangat untuk Chong Wei menjelang Sukan Olimpik 2012 nanti. Duka Duka sangat bila akhirnya Kelantan tewas dalam perlawanan Liga Super 2011. Ini adalah kekalahan pertama skuad The Red Warriors selepas 7 perlawanan. Kekalahan 2-0 kepada Pahang ini membolehkan Selangor dan Felda United menyamakan jumlah kutipan mata. Bagaimana pun, Kelantan masih

Tsunami Di Jepun...

Semalam kita dikejutkan dengan berita gempa bumi sekuat 8.9 skala richter di Jepun. Gempa tersebut mengakibatkan tsunami yang kuat melanda Jepun.  Malah, amaran tsunami turut dikeluarkan kepada beberapa negara sekitar termasuk la Filipina dan Indonesia. Namun, Malaysia tidak tersenarai dalam senarai negara yang diberi amaran. Bagaimana pun, Jabatan Meteorologi Malaysia memberi amaran bahawa laut akan bergelora di sekitar Sabah semalam. Bila tengok berita, banyak kemusnahan berlaku. Malah, gempa ini sememangnya paling teruk jika dibandingkan dengan gempa dan tsunami di Acheh dulu. Tapi, jumlah sebenar mangsa saya tak pasti lagi. Kerosakan pun banyak sangat. Mesti ambil masa gak untuk Jepun bangun balik dari bencana macam ni. Rakyat Malaysia kat Jepun dikhabarkan selamat. Harap-harap semua tak ada apa-apa. Saya kongsikan beberapa gambar mengenai tsunami di Jepun ni.   p/s : Credit gambar Bharian Online

Makan Bersama...

Semalam, saya dan beberapa rakan sekerja makan bersama-sama di Restoran Selera Cik Siti. benda ni dah rancang sekitar sebulan yang lalu. Tapi sebab kekangan masa, tertunda sehingga semalam. Termasuk saya, semua sekali yang hadir semalam dalam 13 orang. Sepatutnya ikut tempahan, kami mula makan kul 9 malam. Tapi saya terlambat sikit sebab ada hal. Dalam 9.18 baru saya sampai. Tapi masa tu makanan sudah pun siap dihidang sebab saya dah tempah makanan pada hari Ahad lepas lagi. Cuma nak pesan minuman je lagi.   Lepas pesan minuman, kami sembang la jap. Dalam duk sembang tu, hujan la pulak. Dah la kami makan luar kedai, tak ada atap atau payung. Terpaksa la kami pindah makan di kaki lima bangunan sebelah. Pakat-pakat angkut la makanan dan meja. Tapi semua ok je. Tak de lah nak tension sebab tak leh nak watpe. Dah nak hujan,Makan je la kat kaki lima bangunan tu. Walaupun gelap sikit, tapi ok. Romantik la kononnya...Hehehe... Dalam kul 10.20 gak kami balik. Kiranya acara kami kali

Bercuti...

Ahad, 27 Februari 2011.  Saya dan mak ayah bertolak dari KB sekitar jam 9.20 pagi. Perjalanan bas ni agak perlahan. Lebih kurang pukul 6.20 petang baru la kami sampai di Stesyen Bas Putra. Adik saya dah siap menunggu. Kami tak terus balik, tapi menuju ke area Chow Kit untuk makan. Mak ayah nak makan di Restoren Rose, kedai makanan yang menyediakan masakan minang. Ayah saya cakap kedai ni dah lama buka. Dari dulu lagi ada. Tu yang dia nak sangat makan kat situ. Siap je makan, kami nak balik la. Tayar kereta adik pulak pancit. Terpaksa la tukar tayar dulu. Dah la tayar spare tu kecik ke. Bukan saiz betul untuk kereta Myvi. Tapi terpaksa la tukar gak. Nak tampal tempat bocor pun, kedai tak bukak. Dah malam, lagi pun kedai banyak tutup hari minggu. Balik je la dengan tayar kecik tu. Sampai umah je, tak keluar mana-mana dah. Rugi betul tak boleh keluar jalan-jalan hari minggu. Isnin, 28 Februari 2011. Hari Isnin, memang boring gak la. Seharian duk umah adik saya je sebab adik saya k