Langkau ke kandungan utama

Iman Senipis Kapas....

 
 Video detik cemas
(Sorry..Gambar terbalik...)

Semalam, KB Mall sekali lagi digemparkan dengan kejadian yang boleh dikatakan mengejutkan. Seorang gadis telah telah berada di puncak bangunan dan cuba untuk terjun bagi tujuan membunuh diri.Gadis ini dikatakan menghadapi masalah keluarga dan cinta, hingga menyebabkan dia nekad untuk membunuh diri.

 Gambar detik cemas dari wartawan Berita Harian.

Dalam kejadian sekitar pukul 4 petang semalam, gadis ini dilihat berdiri di puncak bangunan oleh orang ramai. Gadis ini dilihat berjalan sambil memegang pisau di bahagian tepi atas bangunan KB Mall. Anggota bomba yang tiba cuba memujuk gadis tersebut, namun tidak diendahkan. Malah, beberapa kali gadis tersebut mengacukan pisau kepada anggota bomba tersebut. Anggota bomba terpaksa cuba turun ke arah gadis ini untuk dibawa ke atas. Apabila anggota bomba tersebut berjaya memegang tangan gadis itu, berlaku sedikit pergelutan kerana gadis ini meronta-ronta untuk terjun. Anggota bomba tersebut cuba bertahan dengan memegang tangan gadis ini, namun akibat kuat meronta, pegangan tangan anggota bomba ini tidak dapat bertahan lagi. Akhirnya gadis ini terjatuh juga. Namun, di bawah telah tersedia tilam yang disediakan oleh orang ramai. Orang ramai dan anggota bomba lain memegang tilam untuk menyambut gadis itu dari bawah. Gadis itu yang mengalami pendarahan pada mulut dibawa terus ke Hospital USM Kubang Kerian.

Saya berkongsikan peristiwa ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, apatah lagi menceritakan keburukan sesiapa. Tapi saya rasa terpanggil untuk berkongsi pendapat saya dalam isu sebegini. Apa yang membuatkan saya rasa begini adalah kerana kerap kali sejak kebelakangan ini cubaan membunuh diri yang dilakukan oleh seseorang yang beragama Islam. Sebagai orang beragama Islam, seharusnya perkara ini tidak patut dilakukan kerana kita tahu apa hukumnya bagi orang yang membunuh diri. Kalau pun ada masalah, bunuh diri bukan cara penyelesaiannya. Banyak lagi cara boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah. Jika berlaku kecelaruan atau dilema, tenangkan lah diri dengan cara yang betul. Dekatkan diri dengan ALLAH, banyakkan amal ibadat, mengaji, dan berzikir. InsyaALLAH, ALLAH akan memberi kita ketenangan untuk menghadapi sebarang masalah.

Jika berlaku perkara seumpama ini, jangan pula kita mengutuk dan mencerca mereka. Sebaliknya, bimbinglah mereka agar mereka mampu bangkit dari kekecewaan untuk menuju ke jalan yang benar. Mereka perlukan dorongan dan bimbingan dari masyarakat sekeliling, terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Bagi masyarakat sekililing, doakanlah yang terbaik untuk mereka.

Kalau iman senipis kapas, tentu pandangan mula kelam. Kembali ke pangkal jalan, agar hidup kembali bercahaya. InsyaALLAH.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...