Langkau ke kandungan utama

Mimpi Mengatasi Realiti...?



 Semalam, keputusan SPM dah keluar untuk calon SPM tahun 2010. Macam biasa la, pelbagai ragam dan gelagat boleh dilihat pada hari pengumuman keputusan SPM ni dibuat. Ada yang gembira, ada sedih, dan ada juga yang macam terpinga-pinga dengan keputusan yang dia dapat. Reaksi sebegini memang boleh dilihat setiap kali keputusan SPM diumumkan, sebab saya sendiri pernah mengalami reaksi-reaksi sebegini.

 Bagi adik-adik yang dah dapat keputusan, ini adalah masa yang paling penting untuk masa depan adik-adik semua. Adik-adik kena buat keputusan yang tepat untuk masa depan semua. Mana hala tuju yang bakal adik-adik lalui. Jika selama ini adik-adik selalu memasang angan-angan dan cita-cita untuk kerjaya dan masa depan, inilah masanya untuk cuba merealisasikan semua tu. Inilah langkah pertama yang perlu diambil.

Kenapa saya cakap camtu...? Adik-adik boleh tanya pada mereka yang dah bekerja dan memiliki kerjaya mereka sendiri. Rasanya majoriti akan menceritakan betapa pentingnya hala tuju yang tepat dipilih selepas SPM. Jika tersalah pilih, segala impian dan cita-cita tak akan tercapai. Hala tuju yang saya maksudkan adalah sama ada untuk terus mencari kerja atau menyambung pengajian.

Secara jujur, saya menyarankan agar adik-adik menyambung pengajian keperingkat lebih tinggi, bergantung kepada keputusan SPM adik-adik. Kalau keputusan tu baik, bolehlah terus ke matrikulasi atau diploma. Tetapi kalau keputusan kurang memuaskan, bolehlah menyambung ke peringkat sijil dulu sebelum ke diploma dan ijazah. Ini penting kerana ilmu yang bakal dimiliki bakal memberi tambah nilai dalam diri adik-adik, khususnya dalam  menggapai impian untuk menunaikan cita-cita adik-adik. Yang penting, jangan lagi berhenti belajar kerana masa muda adalah masa terbaik untuk belajar. Bila dah ada keluarga nanti, susah untuk tumpukan perhatian pada pelajaran.

Tidak mustahil impian dan cita-cita adik-adik untuk menjadi realiti. Yang penting, usaha adik-adik untuk merealisasikan semua tu. Kalau cita-cita tu tinggi, usaha pun kena la ditingkatkan. Terus berusaha hingga cita-cita adik-adik tercapai. Ingat, peluang tak akan datang untuk kali kedua. Hanya yang bernasib baik sahaja dapat peluang kedua, itu pun selepas berhempas pulas berusaha.

Jadi, sematkan dalam minda, bahawa kejayaan tak akan datang bergolek. Usaha dan kerja keras menjadi penentu masa depan adik-adik. Jangan mengalah, dan terus berusaha. sekali gagal bukan bermakna gagal selamanya. Kalau terjatuh, bangun kembali dengan semangat yang lebih tinggi untuk berjuang. InsyaALLAH, impian dan cita-cita akan tercapai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...