Ahad, 27 Februari 2011.
Saya dan mak ayah bertolak dari KB sekitar jam 9.20 pagi. Perjalanan bas ni agak perlahan. Lebih kurang pukul 6.20 petang baru la kami sampai di Stesyen Bas Putra. Adik saya dah siap menunggu. Kami tak terus balik, tapi menuju ke area Chow Kit untuk makan. Mak ayah nak makan di Restoren Rose, kedai makanan yang menyediakan masakan minang. Ayah saya cakap kedai ni dah lama buka. Dari dulu lagi ada. Tu yang dia nak sangat makan kat situ.
Siap je makan, kami nak balik la. Tayar kereta adik pulak pancit. Terpaksa la tukar tayar dulu. Dah la tayar spare tu kecik ke. Bukan saiz betul untuk kereta Myvi. Tapi terpaksa la tukar gak. Nak tampal tempat bocor pun, kedai tak bukak. Dah malam, lagi pun kedai banyak tutup hari minggu. Balik je la dengan tayar kecik tu. Sampai umah je, tak keluar mana-mana dah. Rugi betul tak boleh keluar jalan-jalan hari minggu.
Isnin, 28 Februari 2011.
Hari Isnin, memang boring gak la. Seharian duk umah adik saya je sebab adik saya keje. Tak ada orang nak bawak gi jalan-jalan. Terpaksa la tunggu adik saya balik keje.
Malam, adik saya balik keje, kami keluar makan dulu. Pastu baru la kami gerak ke Putrajaya sebab saya akan menumpang di rumah kawan saya pulak. Sampai tu, terus ke Presint 9. sampai di rumah Alfah, sempat gak mak ayah & adik singgah umah Alfah. Saje nak kenal umah. Lepas mak ayah saya blaik ke umah adik saya, saya dan Alfah lepak-lepak je la kat umah dia. Sembang-sembang sambil tengok tv. Lepas tu saya bersiap la sikit-sikit untuk temuduga pagi esok. Kul satu lebih gak baru tido.
Selasa, 1 Mac 2011.
Awal pagi lagi, saya dah bangun untuk bersiap sebab temuduga saya jam 8 pagi. Bila dah siap, Alfah hantar saya ke tempat temuduga di Jabatan Perdana Menteri. Sampai sana, saya terus la ke pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Lepas daftar dan ambil giliran, saya pun duk tunggu la depan bilik temuduga tu. Sambil tunggu, sempat lagi berbual dengan beberapa calon lain. Saja nak hilangkan debaran. Sampai giliran saya, saya pun masuk la. Pasal situasi dalam bilik temuduga tu, tak payah la saya cite. Tak ada mood nak kongsi sebab dah tau saya takkan dapat jawatan tu. Redha je la....Huhuhu...
Siap je temuduga dalam jam 9.30 pagi, saya terus balik la umah Alfah. Lepak-lepak je kat umah. Tengahari tu, saya dan Alfah saje je nak try masak. Maklumlah, orang bujang nak try masak. Tapi, hasilnya boleh dibanggakan...Hehehe...Lepas makan, layan cite Hantu Kak Limah Balik Rumah jap.
Petang tu, Alfah bawak saya kuar gi umah sepupu dia jap. Lepas tu, kami gi pusing-pusing. Malam gak la baru sampai umah kat Putrajaya.
Rabu, 2 Mac 2011.
Pagi tu saya dan Alfah takde gi mana pun. Duk umah je. Tengahari tu, sekali lagi kami memasak. Hasilnya lebih membanggakan dari semalam...Hehehe...
Dalam jam 2 petang, Alfah bawa saya ke The Mines. Saje pusing-pusing sambil cari barang. Tak la lama sangat kat sana. Lebih kurang sejam je, lepas tu kami balik. Sebelum balik umah, Alfah bawak saya ke Taman Botani Putrajaya untuk bergambar. Kemudian sempat singgah di Masjid Putra sebelum balik ke rumah. Sampai umah, kami rehat je la sebab malam tu saya dah nak bertolak balik KB.
Malam tu, saya bergerak awal sikit ke stesyen bas. Tiket saya kul 9.25 malam. Bas tiba lewat 5 minit. Dalam kul 9.35 baru bas bertolak. Saya sampai kat KB dalam jam 5.50 pagi. Saya rehat je hari Khamis tu. Saya masuk keje balik hari Jumaat.
Kalau diikutkan, masa cuti tu tak la lama sangat. Lagi pun, saya bukan semata-mata cuti, tapi sebab ada urusan. Macam mana pun, seronok gak la sebab pertama kali dapat jalan-jalan macam ni. Sebelum ni, saya pergi KL & Putrajaya pun atas urusan keje. Memang tak sempat nak pusing-pusing macam ni. Walaupun sekejap je, tapi kali ni saya memang seronok. InsyaALLAH, kalau ada masa, boleh la gi lagi..Hehehe...
Di sini saya kongsikan beberapa keping gambar yang sempat diambil di Putrajaya.
p/s : Malas nak buat penerangan gambar. Layan je la ek..Hehehe
Ulasan