Langkau ke kandungan utama

Suka Duka...

Suka duka yang saya maksudkan ni sebenarnya adalah pasal sukan. Bukan pasal hubungan, keje atau apa-apa yang sama waktu dengannya...Hehehe...

Suka


Suka bila Datuk Lee Chong Wei berjaya mempertahankan kejuaraan All England. Paling manis, Chong Wei menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan 21-17, 21-17 dalam masa 51 minit. Ini kemenangan kedua Chong Wei di Kejohanan All England selepas kali pertama memenanginya tahun lepas.

Dengan kemenangan ini, Chong Wei kembali merapatkan jurang kekalahan antaranya dan Lin Dan, selepas tewas kepada musuhnya itu pada Terbuka Korea yang lalu.

Diharapkan kemenangan ini mampu berkekalan dan menjadi pembakar semangat untuk Chong Wei menjelang Sukan Olimpik 2012 nanti.


Duka


Duka sangat bila akhirnya Kelantan tewas dalam perlawanan Liga Super 2011. Ini adalah kekalahan pertama skuad The Red Warriors selepas 7 perlawanan. Kekalahan 2-0 kepada Pahang ini membolehkan Selangor dan Felda United menyamakan jumlah kutipan mata. Bagaimana pun, Kelantan masih menerajui liga hasil perbezaan gol yang lebih banyak.

Kekalahan ini seharusnya menjadi pengajaran buat skuad Kelantan yang bakal berhadapan Felda United untuk saingan suku akhir Piala FA pada hari Selasa dan Sabtu ini. Kedua-dua perlawanan bakal berlangsung di Kota Bharu kerana masalah pada Stadium Cheras. Mungkin ini boleh menjadi kelebihan untuk skuad Kelantan.

Diharapkan Kelantan mampu bangkit dari lena ini untuk mendapatkan kembali rentak kemenangan bagi meneruskan saingan dalam peringat Piala FA mahupun Liga Super.


p/s : Kredit gambar pada BHarian Online & Kelate.net

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

I'm Back...

Ya ALLAH...Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang dah ni...hehehe.. Setahun lebih dah blog ni kosong. Mood nak menulis tu macam dah hilang lepas kes laptop hilang tu..Huhu...sedih ni.. InsyaAllah..Saya cuba untuk update balik siki-sikit. Doakan supaya mood tu datang balik...Hehehe...