Langkau ke kandungan utama

Suka Akhir Pertama Piala FA 2011...


Kelantan memilih jalan berliku dalam saingan suku akhir Piala FA 2011 apabila sekadar seri 2-2 dengan Felda United semalam. Meskipun bermain di laman sendiri, Kelantan gagal menggunakan peluang untuk bekalan di pusingan kedua Sabtu nanti.

Felda terlebih dahulu memperolehi gol menerusi jaringan Zamri Chin pada separuh masa pertama. Banyak percubaan dilakukan oleh pasukan Kelantan, namun gagal menemui sasaran. Piya menyamakan kedudukan untuk skuad The Red Warriors kembali mengikat Felda United. Jaringan Norshahrul Idlan Talah kemudian meletakkan Kelantan di depan. Namun, minit-minit akhir separuh masa kedua, Felda United memperolehi penalti yang disempurnakan oleh Liew Kit Kong.

Keputusan seri 2-2 ini adalah sesuatu yang berat untuk diterima kerana Felda memperolehi bekal bermakna untuk perlawanan kedua Sabtu nanti. Berdasarkan gol di tempat lawan, Felda hanya perlu seri untuk melangkah ke separuh akhir. Dengan apa cara sekalipun, Kelantan perlu menang perlawanan Sabtu ini. Walaupun beraksi di Kota Bharu, itu tidak menjamin Kelantan untuk mara ke separuh akhir, melainkan Kelantan bangkit dan menjaringkan gol untuk memenangi perlawanan tersebut.

Kepada para pemain, inilah masa untuk anda buktikan kemampuan anda. Buktikan bahawa Kelantan layak untuk digelar sang juara. Kepada para penyokong, diharapkan agar dapat meneruskan sokongan kerana sokongan kita mampu meningkatkan semangat pemain. Kami mendoakan agar Kelantan akan terus mara untuk menggapai sebuah lagi piala untuk dibawa ke negeri Kelantan.

Gomo Kelate Gomo...

p/s : Tahniah kepada pemain pertahanan Kelantan, Rizal Fahmi Rosid kerana layak menjalani latihan bersama skuad kebangsaan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...