Langkau ke kandungan utama

Tsunami Di Jepun...

Semalam kita dikejutkan dengan berita gempa bumi sekuat 8.9 skala richter di Jepun. Gempa tersebut mengakibatkan tsunami yang kuat melanda Jepun.  Malah, amaran tsunami turut dikeluarkan kepada beberapa negara sekitar termasuk la Filipina dan Indonesia. Namun, Malaysia tidak tersenarai dalam senarai negara yang diberi amaran. Bagaimana pun, Jabatan Meteorologi Malaysia memberi amaran bahawa laut akan bergelora di sekitar Sabah semalam.

Bila tengok berita, banyak kemusnahan berlaku. Malah, gempa ini sememangnya paling teruk jika dibandingkan dengan gempa dan tsunami di Acheh dulu. Tapi, jumlah sebenar mangsa saya tak pasti lagi. Kerosakan pun banyak sangat. Mesti ambil masa gak untuk Jepun bangun balik dari bencana macam ni. Rakyat Malaysia kat Jepun dikhabarkan selamat. Harap-harap semua tak ada apa-apa.


Saya kongsikan beberapa gambar mengenai tsunami di Jepun ni.







p/s : Credit gambar Bharian Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

I'm Back...

Ya ALLAH...Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang dah ni...hehehe.. Setahun lebih dah blog ni kosong. Mood nak menulis tu macam dah hilang lepas kes laptop hilang tu..Huhu...sedih ni.. InsyaAllah..Saya cuba untuk update balik siki-sikit. Doakan supaya mood tu datang balik...Hehehe...