Liga Super musim ini ternyata menampilkan episod yang cukup mendebarkan dalam persaingan kejuaraan liga. Pendahulu liga sentiasa bersilih ganti. Sedang Selangor mengalami kekalahan, Kelantan kekal dipersada. Namun, apabila Kelantan pula mengalami kekalahan pertama di gelanggang sendiri Rabu lalu, Terengganu pula mengambil alih kedudukan teraju liga. Namun, Kelantan kembali merampas kedudukan pendahulu semalam selepas menumpaskan Pahang 1-0, sementara Terengganu tewas 1-0 di tangan Kedah. Walaupun hanya mampu menang 1-0, namun itu sudah memadai untuk membawa Kelantan ke puncak liga. Namun kedudukan di puncak terlalu rapuh untuk Kelantan kerana hanya mempunyai kelebihan 1 jumlah jaringan, manakala jumlah mata dan perbezaan jaringan sama dengan Terengganu. Malah, The Red Warriors akan bertandang ke Terengganu dalam baki 3 perlawanan terakhir. Ini boleh menjadi penentuan kejuaraan musim ini. Jika perlawanan tersebut berkesudahan seri, maka pemenang liga akan ditentukan hingga ke per
~ s b 1 8 9 1 1 9 ~ .a.k.u.t.e.t.a.p.a.k.u. ~