Langkau ke kandungan utama

Hari Terakhir Di MIS Pacific KB Mall...

Bersama Azmer...

Hari ni adalah hari terakhir saya bekerja sebagai Supervisor, MIS Pacific KB Mall. Walaupun tak sampai setahun pun saya bekerja di MIS ni, tapi banyak gak kenangan, peristiwa dan ilmu yang saya dapat. Suka dan duka sebagai kakitangan MIS Pacific KB Mall sudah saya rasai.

Pada hari terakhir, saya masih menyiapkan beberapa tugasan terakhir saya. Termasuklah menandatangani dokumen serah tugas kepada HOD baru MIS Pacific KB Mall, Azmer. Sempat juga saya jumpa kawan-kawan sekerja sebelum saya balik. Yela, lepas ni dah tak boleh nak lepak dan rehat sama-sama. Pasti saya rindu saat-saat tu.

Kepada Ayu, Anis, Hamidi, Laila, Syam, Ramzi, Bakri, Ziera dan mereka yang pernah bekerja dengan saya di MIS Pacific KB Mall, terima kasih kerana sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada saya. Kenangan bersama anda semua tidak mungkin saya lupakan.

Kepada Mie & Na (Admin), Ika (Frozen), dan Shidah (Security), terima kasih sebab sentiasa menjadi kawan yang baik sewaktu di Pacific. Tidak lupa kawan-kawan dari A&P dan HR. Saya akan sentiasa ingat anda semua.

Kepada Azmer, terima kasih atas tunjuk ajar selama ni. Saya akan ingat jasa anda....

Kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya sepanjang saya bekerja di MIS Pacific KB Mall, maaf saya pohon jika ada salah dan silap sepanjang kita berkenalan. Semoga perkenalan kita akan kekal selamanya. InsyaALLAH...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...