Langkau ke kandungan utama

Tiba Di Putrajaya...

Alhamdulillah...Saya dah selamat sampai di Putrajaya semalam.

Saya dan adik bertolak dari KB sekitar jam 9 pagi semalam. Dari KB, kami melalui Terengganu dan tiba di Sentul sekitar jam 6.15 petang. Kemudian, barulah kami gerak ke Putrajaya. Semuanya berjalan dengan lancar.

Hari ni saya rehat je kat rumah kawan saya. Ambil mmod dulu, sebab esok dah nak lapor diri. Boleh la bersedia apa yang patut. Harap-harap esok pun semuanya akan berjalan dengan lancar. InsyaALLAH...

Ulasan

muzam berkata…
dapat kerja di putrajaya ke?
lapor diri dimane?
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
lapor diri je kat putrajaya...aku dpt keje kat politeknik muadzam shah, pahang...

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com