Langkau ke kandungan utama

Permulaan Dimensi Baru...

Alhamdulillah... Segala urusan lapor diri dah selesai. Sekarang, saya dah ada kat Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Di sinilah tempat saya akan jalani rutin hidup baru saya.

Seperti yang saya maklumkan sebelum ni, saya lapor diri di Putrajaya pada 19 Mei lepas. Seawal pagi lagi saya dah gerak ke tempat lapor diri saya tu, iaitu di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Waktu menunggu, saya jumpa dengan Nik Khairul Bariyyah @ Bariey, kawan dalam forum yang dapat tempat penempatan sama dengan saya. Saya akan ikut dia ikut dia untuk ke Muadzam Shah sebab dia dah kenal jalan nak gi.

Semasa lapor diri, kami diberi surat perlantikan daripada wakil kolej komuniti. Sesi taklimat berakhir sekitar jam 1.30 tengahari. Selesai je taklimat, saya terus gerak. Saya ikut Bariey ke rumah dia dulu sebab dia nak kena ambil barang-barang dulu. Selesai ambil barang, kami terus gerak. Masa tu dalam jam 3.30 petang. Kami gerak dalam 3 buah kereta, iaitu kereta Bariey akan duk dpan untuk tunjuk jalan, saya di tengah dan kereta suami Bariey akan duk belakang sekali supaya dapat jaga saya kot-kot saya sesat...Hehehe...

Kami sampai di Muadzam Shah dalam jam 7.40 malam. Kami terus check in hotel yang dah ditempah. Pagi esok baru la saya dan Bariey akan lapor diri di Politeknik Muadzam Shah.

20 Mei, saya lapor diri di Politeknik Muadzam Shah. Sambil-sambil nak tunggu Pengarah, kami yang hadir kena isi dokumen diperlukan dulu. Pagi ni hanya ada 4 orang yang lapor diri. Petang nanti ada 2 orang lagi yang akan sampai. Yang lain mungkin minta untuk buat penangguhan. Selain isi borang lapor diri, kami juga isi borang untuk mendiami kuarters. Saya dapat di tingkat 3. Huhu......

Selesai jumpa pengarah, kami ke jabatan masing-masing untuk lapor diri dengan Ketua Jabatan masing-masing. Tapi Ketua Jabatan saya ada urusan. Jadi, saya dan Bariey uruskan dulu hal kuarters. Bermula hari tu, memang kami sibuk sikit untuk urusan lapor diri. Banyak benda nak kena buat. Medical check up, surat akuan sumpah, urusan kuarters, dan macam-macam lagi.

Kebetulan, saya jumpa Fendi, kawan masa sekolah dulu kat sini. Rupanya dia baru ditukarkan ke politeknik ni Mac lepas. Kiranya, ada la kawan kat sini. Sementara saya siap basuh kuarters umah, saya tumpang umah dia dulu 4 malam.

Pemandangan dari umah.

Semalam baru saya mula duduk di kuarters saya. Lepas siap basuh, baru la boleh duduk. Tapi kuarters ni aada masalah sikit. Paling menyusahkan ialah air yang slow je. Nak mandi pun susah. Tapi nak buat camne. Terpaksa la tunggu orang datang perbaiki.

Sekarang, saya masih cuba sesuaikan diri duk kat sini. Maklumlah, Muadzam Shah ni bukannya bandar besar. Politeknik ni pun dikelilingi dengan ladang kelapa sawit. Jadi, bosan juga la kalau duk sorang-sorang. Harap-harap la saya ok je duk sini.

Kepada kawan-kawan, doakan la saya berjaya dengan dunia baru saya ni. InsyaALLAH, saya akan cuba buat yang terbaik untuk keje baru saya ni....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...