Langkau ke kandungan utama

The Red Warriors Kembali Ke Persada Liga...

Liga Super musim ini ternyata menampilkan episod yang cukup mendebarkan dalam persaingan kejuaraan liga. Pendahulu liga sentiasa bersilih ganti. Sedang Selangor mengalami kekalahan, Kelantan kekal dipersada. Namun, apabila Kelantan pula mengalami kekalahan pertama di gelanggang sendiri Rabu lalu, Terengganu pula mengambil alih kedudukan teraju liga. Namun, Kelantan kembali merampas kedudukan pendahulu semalam selepas menumpaskan Pahang 1-0, sementara Terengganu tewas 1-0 di tangan Kedah.






Walaupun hanya mampu menang 1-0, namun itu sudah memadai untuk membawa Kelantan ke puncak liga. Namun kedudukan di puncak terlalu rapuh untuk Kelantan kerana hanya mempunyai kelebihan 1 jumlah jaringan, manakala jumlah mata dan perbezaan jaringan sama dengan Terengganu. Malah, The Red Warriors akan bertandang ke Terengganu dalam baki 3 perlawanan terakhir. Ini boleh menjadi penentuan kejuaraan musim ini. Jika perlawanan tersebut berkesudahan seri, maka pemenang liga akan ditentukan hingga ke perlawanan terakhir liga, di mana Selangor turut berpeluang untuk menjadi juara.

Seluruh penyokong The Red Warriors mendoakan agar para pemain mampu beraksi cemerlang dalam 3 perlawanan terakhir ini dengan mengutip 3 mata penuh dalam setiap perlawanan. Malah, diharapkan juga bahawa Kelantan mampu muncul juara Piala FA 2011 yang bakal berlangsung pada 11 Jun nanti. Semoga impian kita untuk mengumpul seberapa kejuaraan musimm ini bakal terlaksana. InsyaALLAH.....

Gomo Kelate Gomo...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...