Langkau ke kandungan utama

Pengakhiran Kurang Menarik...


Saya dah nak berhenti dah. Nape la korang nak cari pasal lagi...? Orang lain buat, orang lain yang kena....

Beberapa minggu lepas, staff saya kantoi la dengan bos sebab buka internet waktu keje. Sebab dah kantoi, semua benda dalam komputer tu bos periksa. Kononnya kita orang punca bawak virus. Ish, bodoh gak bos ni. Dia tak tahu ke yang selama ni kitaorang yang buang virus, bukan nya tambah virus. Pastu bos ni suruh la pihak atasan saya untuk ambil tindakan. Pihak atasan saya ni pun boleh tahan gak tahap kebodohan dia. Orang lain kantoi, orang lain pun kena. Sampaikan staff saya yang tak datang masa hari kejadian pun kena ambil tindakan. Jelas sangat kan kebodohan dia...?

Saya ni bukan apa la. Kalau betul nak ikut prosedur, cermin la diri dulu. Dia sendiri pun banyak tak ikut prosedur, ni nak ambil tindakan kat orang lain pulak. Kalau kekasih dia yang buat, takde pulak nak kena tindakan. Buat diam je. Adil ke macam tu...? Cerdik ke macam tu...? Serius la, saya tumpang simpati dengan pihak atasan saya ni sebab tahap kebodohan dia makin melampau. Dah tak leh pikir dengan waras dah.

Tapi takpela. Saya pun nak berhenti dah. Lepas ni, saya tak akan tengok dah muka orang yang bodoh ni. Cuma saya agak terkilan bila rekod bersih saya ni tercalar semata-mata kesilapan orang  lain dan kebodohan pihak tertentu. Tak habis-habis nak aniaya saya. Takpe lah, saya berserah je. Redha je dengan apa yang berlaku. Hanya ALLAH yang tahu segalanya....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com