Langkau ke kandungan utama

Kelantan Kekal Di Persada Liga...






Kelantan kekal di tangga teratas liga selepas merakamkan kemenangan bergaya semalam. Kemenangan 2-0 ke atas Kedah di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV semalam nyata melegakan seluruh penyokong The Red Warriors.

Gol pembukaan dihasilkan oleh Khalid Jamlus, manakala gol kedua dihasilkan oleh S. Chanturu. Dengan kemenangan ini, diharapkan para pemain semakin yakin untuk menghadapi separuh akhir Piala FA nanti. Pastinya Selangor akan memberi cabaran hebat untuk mara ke perlawanan akhir nanti.

Teruskan rentak kecemerlangan ini. Pasti kita mampu jadi juara....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …