Semalam, 27 Mei 2012, merupakan hari bersejarah untuk 2 orang kawan sepejabat saya sebab masing-masing melangsungkan perkahwinan dengan pilihan masing-masing. Ila kawen di Salor, Kelantan dan Dayah di Muadzam Shah, Pahang. Disebabkan saya tak dapat balik Kelantan, saya gi ke perkahwinan Dayah je. Hari Jumaat, saya sempat menolong Dayah untuk sediakan door gift utk tetamu Dayah nanti. Saya, Asyran dan Safia gi umah Dayah la malam tu. Kami siapkan gak door gift tu smpai kul 12 tengah malam. Alhamdulillah, siap gak malam tu. Semalam, saya dan NS bersama-sama dengan Asyran & Abg Saiful gerak ke dewan kenduri Dayah dalam kul 12.30 tengahari. Masa tu pengantyin lelaki belum masuk dewan lagi. Masa kami duk makan, pengantin berarak masuk ke pelamin. Sempat gak tengok dan ambik gambar mereka. Tapi kami tak sempat nak bergambar dengan pengantin. Rugi sangat rasanya. Takpelah, yang penting majlis mereka dah sempurna. Kepada Dayah & Suhairie, selamat pengantun baru saya ucap
~ s b 1 8 9 1 1 9 ~ .a.k.u.t.e.t.a.p.a.k.u. ~