Langkau ke kandungan utama

Sibuk Dengan Final Exam...

Dalam 2 minggu ni, saya memang sibuk. Banyak benda nak kena siapkan. Presentation final project la, uruskan report la, dan last sekali adalah final exam yang bermula pada 23 April lalu dan berakhir semalam. Tu tandanya semester pengajian dah sampai penghujung. So, banyak la keje nak kena siapkan. Hantar markah PB, nak semak kertas jawapan final exam pelajar, buat analisis, key in markah dan banyak lagi la. Tu belum kira lagi yang duk jaga exam. Fuhhhhh...Memang letih...




Minggu depan saya ambikcuti sebab nak balik KB. Nak rehat-rehat jap selepas semua keje yang memenagtkan ni. Balik dari cuti nanti, baru la sambung balik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com