Langkau ke kandungan utama

Setahun Selepas...

Sedar tak sedar, hari ni genaplah setahun saya meninggalkan MIS Pacific KB Mall. Rasa macam baru je lagi saya menulis entry pasal hari terakahir saya di MIS. (Klik sini untuk baca entry ini).









Walaupun saya kerja kat MIS Pacific KB Mall tu tak sampai pun setahun, tapi banyak la pengalaman baru yang saya dapat. Maklumlah, sebelum tu saya tak pernah terlibat dengan urusan perniagaan seperti di supermarket ni. Tu la pertama kali. So, banyak la benda yang saya belajar.

Bekerja dalam tekanan kadang-kadang memberikan kita peluang untuk berfikir dengan lebih baik dan bekerja dengan lebih gigih. Memang banyak sangat tekanan yang dihadapi sepanjang keje situ. Tapi mujurlah saya dapat laluinya dengan baik. Malah, boleh dikatakan saya telah 'memperbetulkan' balik MIS di situ daripada suasana yang tidak teratur ke satu keadaan yang jauh lebih baik. Alhamdulillah, berkat usaha dan kerjasama semua kakitangan MIS, semuanya mampu dilakukan.

Dan selepas setahun, kenangan di MIS tidak pernah saya lupakan. Rasa macam nak lalui lagi suasanan indah dengan kawan-kawan MIS masa tu. Midi, Syam, Bakri, Anis, Ayu dan ramai lagi. Mereka banyak membantu. Dan selepas setahun, saya masih lagi mengikuti perkembangan mereka di MIS.

Apa yang lebih menarik, MIS sebenarnya telah menemukan saya dengan buah ati saya, NS. Hehehe...Bukan apa, walaupun kami tak pernah bekerja bersama, tapi dengan MIS la kami dapat berkenalan, dan sekarang kami telah bersama. So, terima kasih MIS. Hehehe...

Apa pun, saya doakan semoga kawan-kawan di MIS Pacific KB Mall akan terus cemerlang. Tidak dilupa juga kawan-kawan lain di Pacific KB Mall. Semoga kalian semua sentiasa diberkati ALLAH. InsyaAllah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad