Nampaknya impian Malaysia untuk membuat kejutan di Piala thomas kali ni semakin kabur. Pemain No. 1 Dunia yang juga 'kapten' pasukan Malaysia, Dato' Lee Chong Wei cedera ketika menentang Peter Gade dari Denmark semalam. Sekaligus memberi mata kepada Denmark dan melayakkan Denmark diobat juara kumpulan selepas menewaskan Malaysia semalam.
Kini, perjuangan skuad Malaysia bergantung kepada pemain yang belum mencapai tahap yang bolehj membawa Malaysia ke pusingan yang lebih jauh, lebih-lebih lagi apabila Malaysia akan bertemu pilihan no 1, China di suku akhir. Satu tugas yang sememangnya sukar.
Fokus Chong Wei kini seharusnya kepada proses untuk pulih dari kecederaan ni sebelum Sukan Olimpik bermula. Hari ni Chong Wei akan pulang ke Malaysia untuk menjalani pembedahan untuk merawat kecederaannya.
Kepada Chong Wei, semoga cepat sembuh. Malaysia masih bergantung kepada perjuangan anda di Sukan Olimpik nanti.
p/s : Credit gambar pada Berita Harian online
Ulasan