Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Guru...



Esok, 16 Mei, merupakan sambutan Hari Guru. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari guru kepada semua guru di malaysia, terutama sekali guru yang pernah mengajar saya sewaktu saya menjadi pelajar di SRK Ismail Petra 1, SMK Putera, & SMK Kota Bharu. Tidak dilupa pensyarah saya di FTM, UUM.

Antara guru yang sentiasa menjadi ingatan saya sehingga kini ialah Cikgu Nik Arina, Ustazah Siti Esaha, Cikgu Roslina, & Cikgu Rosdi sewaktu di SRK Ismail Petra 1 (1991 hingga 1996). Cikgu Nahar Sham, Cikgu Aziz, Cikgu Dayana, Cikgu Kamisah, Cikgu Kamaruzaman, CIkgu Hasnu, dan ramai lagi di SMK Putera (1997 hingga 2001). Di SMK Kota Bharu pula (2002 hingga 2003), tentu sekalai saya akan ingat Cikgu Rohaina, Cikgu Hajah Nornah, Cikgu Nazri, Cikgu Aida Suzanna, dan mendiang Cikgu Tan. Di FTM UUM pula, pensyarah yang saya sentiasa ingat ialah Puan Hamirul Aini, Encik Baharudin, Encik Hanis, Encik Tarmizi, Encik Adi, dan ramai lagi.

Saya sekadar menyebut beberapa nama sahaja bagi mewakili guru-guru yang pernah berbakti pada saya. Saya tetap akan ingat jasa semua guru yang pernah mengajar saya. Daripada seorang yang tidak tahu apa-apa kepada seorang yang berilmu. Hanya ALLAH bisa membalas jasa cikgu semua.

Terima kasih cikgu. Kerana didikan cikgu semua, kini saya juga seorang pendidik.

Selamat Hari Guru...

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara...




P/s : Credit pada pemilik gambar...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …