Langkau ke kandungan utama

She's The One...

Dalam entry saya sebelum ni, saya ada kongsikan sedikit bayangan mengenai seseorang yang bermakna dalam hidup saya. Dalam entry saya yang bertajuk 'Jalan-jalan Dengannya', saya ada letak beberapa keping gambar dia. Tapi dari pandangan sisi. Saje nak bagi misteri sikit. Dan hari ni, buat pertama kalinya, saya akan umumkan siapa NS yang telah menjadi 'buah hati' kesayangan saya ni...Hehehe...

NS atau namanya Noraniza Safiee, seorang gadis comel yang telah menambat hati saya. Agak menarik kisah perkenalan kami ni sebab kami ni berkenalan pada awalnya melalui laman muka buku. Ala-ala lagu Najwa Latif tu.. Hehehe... Sekarang, jujur saya katakan yang kami bahagia dan sedang menuju satu arah yang sama.

Saya dengan ini berkongsi dengan kawan-kawan semua gambar baru saya dan NS...












Alhamdulillah. Sekarang saya memang rasa lebih bahagia. Ternyata kehadirannya memberi cahaya baru dalam hidup saya. InsyaAllah, jika diizinkan ALLAH, kami sememangnya merancang untuk ke tahap seterusnya. Doakanlah kami untuk kekal selamanya. InsyaAllah...

Kepada my gegurl, Noraniza Safiee, terima kasih sebab sudi menerima saya dalam hidup awak. Sesungguhnya saya bersyukur kerana menjadi pilihan awak. InsyaAllah, kita jaga hubungan kita ni sebaik mungkin.

Thanks for everything, my gegurl...my superwoman..my nyonya...my gedek girl...my sayang...Love u so much...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

I'm Back...

Ya ALLAH...Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang dah ni...hehehe.. Setahun lebih dah blog ni kosong. Mood nak menulis tu macam dah hilang lepas kes laptop hilang tu..Huhu...sedih ni.. InsyaAllah..Saya cuba untuk update balik siki-sikit. Doakan supaya mood tu datang balik...Hehehe...