Dengan rasminya tamatlah sesi pengajian Disember 2011. Sekarang pelajar tunggu keputusan final exam mereka untuk semester ni.
Bagi pensyarah, banyak lagi yang kena kami siapkan. Dan sebelum bermulanya semester baru, ada sedikit perubahan telah dilakukan bagi susun atur meja pejabat di JTMK. Maklumlah, kami akan menerima kehadiran 3 pensyarah dari jabatan lain bermula 1 Jun 2012. Jadi, kena la siapkan tempat untuk mereka.
Pada hari Khamis lepas, kami telah sama-sama menyediakan susun atur meja pejabat ni. Idea untuk dekorasi ni telah disumbangkan oleh Anuar & En. Dollah. Mereka la banyak yang menyumbangkan idea. Saya sekadar tolong je. Dah takde idea nak mendekorasi susun atur ni. Kalau zaman keje kat JBPMNT dulu, memang banyak gak idea saya digunakan.
Sesi perbincangan untuk mendapatkan idea dekorasi baru
Susunan asal meja pejabat JTMK
Sesi mengubah susun atur meja
Dan selepas bersama-sama menyiapkan susun atur mengikut idea yang telah dikongsi bersama, ini lah hasilnya...
Ok la kan. Memang berbeza sikit dari susunan sebelum ni. Sekali sekala apa salah nya tukar selera sikit. Btul tak..? hehehe
Ulasan