Langkau ke kandungan utama

Kelantan Juara Piala FA 2012...


Pertama sekali, tahniah saya ucapkan kepada pasukan Kelantan kerana berjaya menjulang Piala FA buat kali pertama dalam sejarah.

Secara keseluruhan, permainan malam ni bukanlah permainan terbaik Kelantan. Pada mulanya, saya berharap Kelantan akan tampil dengan gaya permainan menarik seperti ketika menentang pasukan Lions XI sebelum ni. Namun, jangkaan saya meleset. Nyata Kelantan masih agak buntu untuk menjaringkan gol. Ditambah pula dengan kesungguhan pasukan Sime Darby untuk bertahan. Kecekapan penjaga gol mereka juga wajar dipuji.

Walau bagaimana pun, penalti Ghaddar sudah cukup untuk memastikan The Red Warriors membawa pulang Piala FA buat kali pertama dalam sejarah ke negeri Kelantan.

Mungkin akan ada nada sinis dari pihak lain ke atas kemenangan The Red Warriors malam ini. Namun, itu bukan halangan untuk Kelantan meraikan kemenangan ini. Yang penting, sejarah telah terukir dalam saingan Piala FA. Tahun 2012 menyaksikan Kelantan bergelar Juara Piala FA buat kali pertama pada cubaan yang ketiga. Secara tidak langsung juga, Kelantan akan kekal dalam saingan Piala AFC untuk tahun hadapan selaku Juara Piala FA.

Apa sekali pun, saya tetap bangga dengan kemenangann ini. Di harap Kelantan dapat fokus dalam saingan Piala AFC, Liga Super dan Piala Malaysia selepas ini. Semoga kejayaan menjadi milik kita lagi.

Gomo Kelate Gomo...

Ambo banggo jadi anok Kelate...


Gambar credit Berita Harian Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

I'm Back...

Ya ALLAH...Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang dah ni...hehehe.. Setahun lebih dah blog ni kosong. Mood nak menulis tu macam dah hilang lepas kes laptop hilang tu..Huhu...sedih ni.. InsyaAllah..Saya cuba untuk update balik siki-sikit. Doakan supaya mood tu datang balik...Hehehe...