Langkau ke kandungan utama

Jalan-Jalan Dengannya...

8 April lalu, saya sempat jalan dengan NS ke 2 tempat kat area Lanchang. Saje nak jalan-jalan sambil bawak adik-adik NS. NS cakap lama dah tak bawak adik-adik dia jalan-jalan. So, sempat la gi dua tempat.

Mula-mula kami gi ke Taman Rusa (Deerland) di Lanchang. Ada bayaran dikenakan untuk masuk dalam ni. Mula-mula sekali, kami gi la kat kandang rusa tu. Kami diberi bekas makanan untk diberi kepada rusa tu. Syok gak main-main dengan rusa ni. Boleh masuk dalam kandang untuk bergambar lagi. Ada gak burung unta kat sebelah kandang rusa ni.








Lepas siap bagi makan & bergambar dengan rusa, kami pusing-pusing dalam tempat tu untuk tengok haiwan ;ain yang ada. Banyak gak la haiwan yang ada. Adik-adik NS sempat gak bergambar dengan ular sawa. Kami juga sempat main-main bagi makan pada arnab. Memang menarik.









Dari Deerland ni, kami gi pula ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah. Masa tu kami sampai dalam kul 12 lebih, tapi pertunjukan semua mula kul 2 petang. Kami lepak je la kat sana. Start kul 2 tu, kami ke tapak aktiviti. Dimulakan dengan pertunjukan dan pengenalan semua gajah yang terlibat, pengunjung kemudian berpeluang menaiki gajah dan bergambar dengan gajah. Malah turut disediakan sesi mandi bersama gajah. Ramai gak yang datang masa tu, termasuklah pelancong dari luar negara.




















Dalam kul 3 lebih kami balik. Seronok gak sekali-sekala gi jalan-jalan tempat macam ni. Menikmati keindahan alam dan juga memuji keagungan citaan ALLAH. Next time boleh gi lagi...Hehe..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...