Langkau ke kandungan utama

Kedah Juara Piala FA 2007/2008...

Tak tahu la ada orang yang sedar atau tidak tentang perlawanan akhir Piala FA 2007/2008 di Stadium Shah Alam semalam. Maklumlah, musim Euro 2008....

Tahniah buat Pasukan Kedah kerana berjaya membenam asakan bertubi-tubi dari Pasukan Selangor. Kedah sememangnya layak menjuarai Piala FA musim 2007/2008 ini kerana corak permainan dan taktikal mereka berjaya mengekang pergerakan Selangor. Walaupun ada beberapa pemain yang kurang menjadi, namun secara keseluruhannya Pasukan Kedah masih bermain baik, dibantu pula dengan kerapuhan benteng Selangor. Kemenangan 3-2 cukup manis bagi pasukan yang terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain pada 20 minit terakhir.

Kemenangan ini membukti kejaguhan Skuad Kenari musim ini bagi mengulangi pencapaian 3 piala musim lalu. Sekaligus juga menunjukkan Sang Kenari terbang semakin tinggi, melangkaui jangkauan Gergasi Merah. Tahniah kepada Skuad Kedah.....



Shukor Adan mengajak Shafiq 'berdansa'....hehehe

p/s: bilo la kelate nok mene....hehehe

Ulasan

akirasuri berkata…
Uit! :D

Ada baek ka? :D
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
baek2 aja dong...
hehe

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...