Esok, khususnya kepada umat Islam di Malaysia, kita akan menyambut kedatangan tahun baru dalam kalendar Islam. 1 Muharam 1432H, bersamaan dengan 7 Disember 2010M.
Sempena menyambut kedatangan Maal Hijrah ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan dalam melakukan perubahan. Sesuai dengan seruan untuk kita berhijrah dari sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang baik, dan dari sesuatu yang baik kepada sesuatu yang lebih baik.
Dalam dunia yang penuh cabaran dan dugaan ini, apa-apa saja boleh berlaku. Jika kita tidak cuba untuk berubah, tidak mustahil kita akan terus hanyut dengan keseronokan duniawi semata-mata. Betapa ruginya kita jika hanyut dalam keseronokan duniawi semata-mata tanpa memikirkan apakah balasan yang bakal menunggu di akhirat kelak, kerana setiap apa yang dilakukan di dunia, pasti mendapat balasan setimpal di akhirat nanti. Baik amalan dan perbuatan kita di dunia, baiklah ganjarannya di akhirat. Buruk amalan dan perbuatan kita di dunia, maka buruklah balasannya nanti. Tidak salah untuk bersuka-suka di dunia, tapi biarlah dengan cara yang betul, sesuai dengan ajaran Islam.
Terserahlah untuk kita memilih jalan hidup kita. Jika dunia yang dikejar, ternyata kita tergolong dalam golongan yang rugi. Jika akhirat yang dikejar, sudah tentu kita akan tergolong dalam golongan umat Islam yang soleh.
Sekali lagi saya menyeru sahabat, rakan, teman dan sekalian umat Islam, serta diri saya sendiri, marilah kita sama-sama berubah. Berubah ke jalan kebenaran... Berubah ke jalan kebaikan... Berubah ke jalan yang diredhai ALLAH...
Salam Maal Hijrah 1432 H dari saya.....

Ulasan