Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Hujung Minggu Di Muadzam...

Saya sebenarnya nak kongsi cerita saya dan kawan-kawan menghabiskan masa hujung minggu kami di Muadzam ni. Sebelum tu, saya kongsikan sedikit acara yang berlangsung pada hari Jumaat lepas. Jumaat lepas telah diadakan Perhimpunan Bulanan Kakitangan untuk bulan Januari 2012, iaitu perhimpunan pertama tahun ini. Untuk kali ni, JTMK telah menjadi penganjur bagi perhimpunan tersebut. Semua kakitangan JTMK terlibat sebagai AJK untuk penganjuran kali ni. Saya banyak membantu dalam proses menyiapkan bahan untuk majlis. Masa majlis berlangsung, saya membantu bahagian pendaftaran yang pertama kali melaksanakan rekod kehadiran menggunakan barcode pada kad staff. Kak Maz ditugaskan menjadi pengacara majlis, manakali Anuar membaca doa. Asyran pula ditugaskan membaca ikrar. Memang bersemangat betul...hehehe... Lakonan oleh Nurul, Bariey & Ijam...Hehehe Sibuk di kaunter pendaftaran Ikrar dari Asyran... Pada sebelah malam, saya bersama-sama dengan Asyran, Ijam, Dayah & Safia keluar lepa

Sambut CNY di Kota Bharu...

Sempena cuti Chinese New Year, saya balik ke Kota Bharu. Hari Sabtu saya bergerak dari Muadzam sekitar jam 8.15 pagi,sampai di umah kat KB sekitar jam 5.15 petang. Ada beberapa kali berhenti gak la...Hehehe... Untuk cuti kali ni, saya takde gi mana sangat la. Saya sempat pusing-pusing di KB Mall jap pada hari Isnin tu. Saje nak jumpa kawan-kawan sambil beli barang untuk dibawa ke Muadzam. Lagi pun bosan gak kalau jalan sorang-sorang ni.   Dekorasi pentas utama KB Mall sempena CNY Saya juga sempat belikan barang yang dikirim oleh kawan sepejabat saya, Ijam. Ijam minta saya carikan jersi pasukan Queens Park Rangers (QPR). Saya cari kat bandar KB je. Dapat la sehelai macam yang Ijam nak tu. Jumpa je terus saya beli. Jersi QPR Ijam Malam sebelum bertolak balik ke Muadzam, saya sempat temankan Ila untuk cari rumah Kak Jai, juruandam untuk majlis kahwin Ila nanti. Tak jauh dari umah saya. Sekadar nak tengok kelengkapan yang dia ada je. Pagi semalam saya bertolak dari KB ke Muadzam.

Selamat Tahun Baru Cina 2012...

Esok merupakan perayaan Tahun Baru Cina 2012. Di kesempatan ini saya nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2012 kepada semua kawan dan kenalan saya yang meraikan Tahun Baru Cina ini. Semoga tahun baru anda sentiasa mendapat kebaikan dan kekayaan. Kalau ada limau lebih, boleh la share dengan saya ek...Hehehe... Selamat Tahun Baru Cina 2012...Gong Xi Fa Chai...

Cerita Semalam...

Semalam, saya agak sibuk sikit dengan aktiviti. Dari pagi hingga la ke tengah malam...Fuhhh... Bermula pagi, saya uruskan dulu urusan mengajar. Kemudian, saya ke Dewan Besar untuk memerhatikan perjalanan Pilihanraya JPP PMS kerana saya merupakan salah seorang Pegawai Keselamatan untuk proses pilihanraya kali ni. Agak lama saya kat dewan. Pada tengahari, saya dihubungi oleh En. Rizal, Ketua Warden yang meminta saya untuk ke pondok pengawal kerana ada urusan mengenai pelajar. Kebetulan waktu tu hujan lebat. Memang basah la saya walaupun jarak [ondok pengawal dengan dewan tu tak jauh sangat. Selepas memberi maklumat mengenai pelajar kepada pengawal, saya sempat melihat keadaan pelajar di pondok pengawal. Memang agak sesak keadaan pelajar yang ingin menghantar kad pelajar dan melapor untuk pulang ke kampung di pondok pengawal. Mungkin pihak pengurusan PMS boleh memikirkan mekanisma tertentu untuk mengelak kejadian ini dari berulang. Pada sebelah petang pula, telah diadakan taklima

Kali Pertama, Dan Bukan Terakhir...

Pada hari Rabu yang lalu (18 Januari 2012), telah diadakan perjumpaan para pelajar lelaki PMS bersama dengan warden. Perjumpaan rawak atau raw-call (ada gak yang guna istilah roll-call. Saya pun tak tahu mana yang betul..Hehehe..) telah bermula sekitar jam 10.00 malam di Kafe 1 PMS. Seteah dibuat pengumuman, para pelajar mula bergerak ke Kafe 1. Pelajar berada dalam barisan mengikut susunan blok dan aras masing-masing. Agenda pertama adalah mengambil kehadiran mereka, sekaligus mengenal pasti rekod bilik para pelajar di kamsis. Agenda seterusnya adalah taklimat mengenai disiplin dan salah laku pelajar. Pelajar yang ada membuat kesalahan telah dipanggil untuk diberikan surat aduan kesalahan. Selain itu, para pelajar juga telah diberi amaran tentang salah laku dan masalah disiplin yang kerap kali dilakukan. Sesi penerangan dan ucapan telah dilakukan oleh En. Faizal, dan dibantu oleh warden-warden yang lain. Seperti yang dimaklumkan kepada saya, ini adalah kali pertama se

Bukan Kehendak, Tapi Terpaksa...

Susah kan bila buat sesuatu kerana terpaksa... Sampaikan kita bertanya pada diri sendiri... Apa yang aku buat...? Betul ke apa aku buat...? Sampai bila aku nak buat semua ni...? Bila dah terpaksa, kita akan tersepit dengan amanah dan rasa hati... Amanah telah diberi untuk kita buat macam tu, macam ni... Rasa hati pula bagaikan memberontak tak nak buat macam tu, tak nak buat macam ni... Mana yang perlu diikutkan...? Amanah ke...? Rasa hati ke...? Ya ALLAH... Akan ku teruskan amanah ini hanya kerana MU... Akan ku lupakan rasa hati ku kerana MU... Semoga apa yang ku lakukan mendapat restu MU... Semoga pengorbanan ku mendapat perhatian MU... Sesungguhnya ENGKAU Maha Pengasih lagi Mengasihani... InsyaALLAH... Tak selamanya aku akan berada dalam keterpaksaan... Satu hari, aku akan berada luar dari keterpaksaan ini... Ini bukan janji ku, tapi janji ALLAH pada hambaNYA... Kerana ALLAH takkan menguji lebih dari kemampuan hambaNYA...

Aktiviti Bersama Pelajar...

Ok..Kali ni saya nak rangkum 2 cerita dalam 1 post. Kedua-dua cerita ni melibatkan aktiviti pelajar di PMS ni... 13 Januari 2012 - Majlis Penyerahan Baucher Buku 1 Malaysia Jumaat lepas, telah diadakan Majlis Penyerahan Baucher Buku 1 Malaysia di Dewan Besar, PMS. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Dato' Maznah Mazlan, merangkap ADUN Muadzam Shah. Majlis ini adalah untuk menyampaikan baucher buku untuk para pelajar, seperti mana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan melalui Bajet yang lalu. 16 - 18 Januari 2012 - Sambutan Perayaan Ponggal di PMS Pelajar India PMS telah merayakan Perayaan Ponggal di PMS dengan membuat kolam @ ranggoli di PMS. Mereka berpadu tenaga untuk menghasilkan kolams yang memang cantik. Kolams ni telah dibuat di perkarangan HEP. Mereka mengambil masa selama sehari lebih untuk menyiapkannya. Kreativiti mereka juga mendapat pujian dari Pengarah. Minggu ni memang ada banyak aktiviti pelajar. Hari Jumaat nanti (20

Sambutan Hari Jadi Ila...

Semalam adalah hari jadi kawan sepejabat saya di JTMK PMS, Rosilawati @ Ila yg ke 28. Jadi, saya dan kawan-kawan yang lain telah rancang untuk buat sambutan birthday party untuk Ila. Tengahari semalam saya dengan Dayah & Safia keluar la untuk cari kek dan juga makanan ringan yang lain. Masa tu plan asal nak buat dalam kul 11.30 malam sebab saya nak tengok bola dulu. Tapi bila pikir balik, risau gak kot-kot Ila tak nak datang umah Dayah kalau dah lewat sangat. So, tukar plan. Buat dalam kul 8.30 malam. Bila dah plan nak buat awal, maksudnya kena la sediakan makanan utama sikit. Jadi saya gi la cari bahan-bahan untuk buat mee goreng. Dayah akan masak mee goreng. Bila malam, kami pun berkumpul la kat umah Dayah. Bariey & family dia sampai awal sikit.Dekat-dekat kul 8.30, kawan-kawan lain pun sampai. Kami pun buat la plan nak buat suprise tu.Pakat tutup lampu dan menyorok dalam rumah Dayah sambil Dayah tunggu Ila kat luar. Tunggu punya tunggu, Ila tak datang-datang. Pelik gak,k

Sambutan Hari Jadi Bersama-sama Pelajar DNS2...

Saya baru je balik dari sambutan hari jadi pelajar DNS2, iaitu pelajar bawah PA saya. Sambutan hari jadi Yana yang ke 19. Diaorang buat sambutan kat kafe asrama. Saya sempat sponsor kek sebiji untuk mereka. Mereka pun ada sediakan makanan lain seperti mee goreng dan makanan ringan. Dan macam biasa la zaman budak-budak ni, bila ada je sambutan hari jadi, mesti ada pesta mandi tepung. Sampaikan saya pun kena mandi tepung gak. Ada-ada je la budak-budak ni...Hehehe... Saya pun kena mandi tepung...Hehehe Kek untuk DNS Sekali-sekala join aktiviti dengan budak-budak ni ok gak. Bleh ingatkan saya dengan zaman gila-gila dulu. Hehehe...Cuma sekarang ni dah tak leh nak gila-gila sangat. (Kecuali dengan geng saya kat pejabat la...Hehehe...) Pada anak-anak DNS, thanks sebab jemput saya untuk majlis tu ek...

Taklimat Bersama Pelajar JTMK PMS...

Hari ni telah diadakan perjumpaan di antara semua pelajar JTMK dengan para pensyarah. Perjumpaan hari ni adalah untuk memberi taklimat kepada pelajar mengenai beberapa perkara. Antaranya ialah mengenai disiplin, hal ehwal pelajar, MQA, OBE, kurikulum, dan penasihatan akademik. Sesi taklimat seperti ini sentiasa diadakan bagi mengingatkan para pelajar tentang beberapa perkara penting. ini bagi memastikan perjalanan P & P sentiasa lancar. Malah, ianya penting dalam memastikan para pelajar sentiasa ingat dan update dengan perkembang semasa di jabatan.

Berhenti Berharap...

Tak salah mencuba... Sebab kita tak tahu apakah ada peluang atau tidak... Tak rugi kalau mencuba... Rugi bila takut untuk mencuba... Apabila dah tahu apa jawapannya... Perlukah kita terus mencuba...? Apa lagi mampu dikatakan... Belum bermula sudah berakhir... Biarlah... Redha dengan semua yang tertulis...