Langkau ke kandungan utama

Sambutan Hari Jadi Ila...

Semalam adalah hari jadi kawan sepejabat saya di JTMK PMS, Rosilawati @ Ila yg ke 28. Jadi, saya dan kawan-kawan yang lain telah rancang untuk buat sambutan birthday party untuk Ila.

Tengahari semalam saya dengan Dayah & Safia keluar la untuk cari kek dan juga makanan ringan yang lain. Masa tu plan asal nak buat dalam kul 11.30 malam sebab saya nak tengok bola dulu. Tapi bila pikir balik, risau gak kot-kot Ila tak nak datang umah Dayah kalau dah lewat sangat. So, tukar plan. Buat dalam kul 8.30 malam. Bila dah plan nak buat awal, maksudnya kena la sediakan makanan utama sikit. Jadi saya gi la cari bahan-bahan untuk buat mee goreng. Dayah akan masak mee goreng.

Bila malam, kami pun berkumpul la kat umah Dayah. Bariey & family dia sampai awal sikit.Dekat-dekat kul 8.30, kawan-kawan lain pun sampai. Kami pun buat la plan nak buat suprise tu.Pakat tutup lampu dan menyorok dalam rumah Dayah sambil Dayah tunggu Ila kat luar. Tunggu punya tunggu, Ila tak datang-datang. Pelik gak,katanya dah nak keluar tapi tak sampai-sampai lagi. Kami dah letih nyorok dalam umah Dayah, lebih-lebih lagi Asyran yang menyorok belakang langsir...Hehehe...Lawak betul...

30 minit gak kami duk tunggu. Dalam kul 9 baru Ila sampai. Bila masuk je umah Dayah, kami nyanyi la lagu hari jadi untuk Ila, sambil Bariey pegang kek. Plan kami kira menjadi la sebab Ila memang tak sangka pun yang kami ada kat umah Dayah. Yela, kereta kami dah parking jauh-jauh supaya tak nak Ila tau. Kami makan-makan sambil tengok bola. Hehehe...

Walaupun agak simple dan serba kekurangan, harap-harap majlis kejutan ni dapat menggembirakan Ila. Semoga panjang umur, murah rezeki dan ceria sokmo...Selamat hari jadi ke 28, Ila...








~~...a.k.u.t.e.t.a.p.a.k.u...~~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...