Langkau ke kandungan utama

Hujung Minggu Di Muadzam...

Saya sebenarnya nak kongsi cerita saya dan kawan-kawan menghabiskan masa hujung minggu kami di Muadzam ni. Sebelum tu, saya kongsikan sedikit acara yang berlangsung pada hari Jumaat lepas.

Jumaat lepas telah diadakan Perhimpunan Bulanan Kakitangan untuk bulan Januari 2012, iaitu perhimpunan pertama tahun ini. Untuk kali ni, JTMK telah menjadi penganjur bagi perhimpunan tersebut. Semua kakitangan JTMK terlibat sebagai AJK untuk penganjuran kali ni. Saya banyak membantu dalam proses menyiapkan bahan untuk majlis. Masa majlis berlangsung, saya membantu bahagian pendaftaran yang pertama kali melaksanakan rekod kehadiran menggunakan barcode pada kad staff. Kak Maz ditugaskan menjadi pengacara majlis, manakali Anuar membaca doa. Asyran pula ditugaskan membaca ikrar. Memang bersemangat betul...hehehe...

Lakonan oleh Nurul, Bariey & Ijam...Hehehe

Sibuk di kaunter pendaftaran


Ikrar dari Asyran...

Pada sebelah malam, saya bersama-sama dengan Asyran, Ijam, Dayah & Safia keluar lepak kat Jentayu kopitiam. Mula-mula Ila yang ajak, tapi Ila tak jadi gi sebab dia sakit kepala. Jadi, kami teruskan je plan makan-makan ni dengan mana yang ada je. Lama tak lepak-lepak dengan geng-geng macam ni. Makan-makan sambil sembang-sembang.




Pada hari Sabtu, saya takde gi mana-mana pun. Lepak umah Ijam je la. Petang tu sempat gi pasar minggu Muadzam ni, saje beli makanan buat bekal malam nanti sambil-sambil nak tengok bola. Malam, saya lepak dengan Jamal di umah Ijam & Asyran. Layan Liverpool lawan Manchester United untuk Piala FA. Tahniah Ijam sebab Liverpool menang 2-1...Hehehe...Bersorak Ijam malam tu....

Hari Ahad, kami dijemput untuk ke rumah Rizal, Ketua Warden. Rizal ada buat makan-makan sikit sempena hari jadi anaknya. Memang saya dan yang lain datang sebab kami dijemput oleh Rizal. Lepas makan, kami berpakat untuk ke pejabat, buat keje sikit. Dari jam 2 petang lagi kami berada di pejabat. Siapkan apa yang patut. Dekat-dekat jam 6 petang,baru kami balik. Tapi tak balik umah lagi. Saya dengan Ijam, Safia dan Dayah keluar beli makanan dan lepak tepi tasik kat Muadzam ni. Kali pertama lepak kat situ. Saje lepak petang-petang. Tapi, kesian plak kat Asyran sebab tak dapat join kami...Hehehe...



Pada sebelah malam, macam biasa, saya lepak umah Ijam & Asyran. Kali ni Jamal & Razi pun ada. Layan Anugerah Juara Lagu plak malam ni. Dan untuk malam kedua berturut-turut, kemenangan berpihak pada Ijam sebab Hafiz menang melalui Awan Nano. Maklumlah, Hafiz kan orang Sarawak, sama macam Ijam. Bukan main seronok Ijam bila Hafiz menang...Hehehe...

Minggu depan tak tahu lagi apa plan kami. Minggu depan cuti sampai Isnin, sempena sambutan Maulidur Rasul. Kalau ada kesempatan, ingat nak balik KB, melawat Kak Lily. Apa pun, tengok keadaan dan kewangan dulu...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...