Langkau ke kandungan utama

Cerita Semalam...

Semalam, saya agak sibuk sikit dengan aktiviti. Dari pagi hingga la ke tengah malam...Fuhhh...

Bermula pagi, saya uruskan dulu urusan mengajar. Kemudian, saya ke Dewan Besar untuk memerhatikan perjalanan Pilihanraya JPP PMS kerana saya merupakan salah seorang Pegawai Keselamatan untuk proses pilihanraya kali ni. Agak lama saya kat dewan.

Pada tengahari, saya dihubungi oleh En. Rizal, Ketua Warden yang meminta saya untuk ke pondok pengawal kerana ada urusan mengenai pelajar. Kebetulan waktu tu hujan lebat. Memang basah la saya walaupun jarak [ondok pengawal dengan dewan tu tak jauh sangat. Selepas memberi maklumat mengenai pelajar kepada pengawal, saya sempat melihat keadaan pelajar di pondok pengawal. Memang agak sesak keadaan pelajar yang ingin menghantar kad pelajar dan melapor untuk pulang ke kampung di pondok pengawal. Mungkin pihak pengurusan PMS boleh memikirkan mekanisma tertentu untuk mengelak kejadian ini dari berulang.




Pada sebelah petang pula, telah diadakan taklimat mengenai Fundamental Research Grant Scheme. Taklimat ini adalah mengenai peruntukan geran kewangan yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk para pensyarah dalam melakukan penyelidikan. Antara intipati taklimat adalah cara membuat proposal dan mengisi borang. Taklimat disampaikan oleh wakil dari dari Jabatan Pengajian Politeknik.

Pada sebelah malam, saya bertugas di bilik warden. Tak sibuk pun di bilik warden sebab ramai pelajar dah balik ke kampung halaman. Duk sembang je dengan Huzaifah, Dayah dan Safiani di bilik warden tu. Dalam jam 11 malam, Ijam call saya ajak keluar ke Kuantan untuk ambil sepupunya yang sampai dari KL. Asyran pun ikut sama. Lepas ambil sepupu Ijam di stesyen bas Kuantan, kami terus balik. Dalam jam 1.50 malam kali sampai semula di PMS.

Saya terus balik umah sebab belum kemas lagi pakaian yang nak dibawa balik ke KB.  Kemas sikit-sikit je, lepas tu saya tido je. Nak rehat sebab pagi nak bangun awal lagi.

Dalam jam 8.15 pagi tadi, saya, Bariey dan Ila gerak dai PMS untuk balik Kelatan. Jalan biasa je, tak la sibuk sangat. Saya sampai umah dalam jam 5.15 petang. Agak letih, tapi syukur sebab tiada sebarang masalah sepanjang perjalanan. Saya cuti sampai hari Selasa. Hari Selasa tu dah gerak balik Muadzam. Mungkin masa tu jalan sibuk kot sebab semua nak balik ke destinasi masing-masing.

Balik kali ni, ingat nak rehat-rehat sambil buat keje sikit. InsyaAllah, ada masa sempat gak la keluar jumpa kawan-kawan. Rindu pulak rasanya...Hehehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...