Langkau ke kandungan utama

Kali Pertama, Dan Bukan Terakhir...

Pada hari Rabu yang lalu (18 Januari 2012), telah diadakan perjumpaan para pelajar lelaki PMS bersama dengan warden. Perjumpaan rawak atau raw-call (ada gak yang guna istilah roll-call. Saya pun tak tahu mana yang betul..Hehehe..) telah bermula sekitar jam 10.00 malam di Kafe 1 PMS.

Seteah dibuat pengumuman, para pelajar mula bergerak ke Kafe 1. Pelajar berada dalam barisan mengikut susunan blok dan aras masing-masing. Agenda pertama adalah mengambil kehadiran mereka, sekaligus mengenal pasti rekod bilik para pelajar di kamsis. Agenda seterusnya adalah taklimat mengenai disiplin dan salah laku pelajar. Pelajar yang ada membuat kesalahan telah dipanggil untuk diberikan surat aduan kesalahan. Selain itu, para pelajar juga telah diberi amaran tentang salah laku dan masalah disiplin yang kerap kali dilakukan. Sesi penerangan dan ucapan telah dilakukan oleh En. Faizal, dan dibantu oleh warden-warden yang lain.














Seperti yang dimaklumkan kepada saya, ini adalah kali pertama sesi raw-call seperti ini diadakan di PMS sejak beberapa semester kebelakangan ini. Dengan komitmen dari semua warden, InsyaAllah sesi seumpama ini akan diteruskan lagi di masa akan datang. Walaupun mendapat pelbagai tohmahan dan makian dari pelajar, rasanya ianya tidak akan menjejaskan fokus para warden dalam menjalakan tugas, terutamanya bila ada berkaitan dengan keselamatan dan kebajikan pelajar tu sendiri.

Memang susah nak puaskan hati semua pihak, lebih-lebih lagi pelajar. Sebab mereka tak sedar sebenarnya apa yang dibuat adalah untuk kebaikan dan kebajikan mereka. Bukan suka-suka je nak buat peraturan. Sebagai orang yang dah melalui zaman mereka, mungkin kami faham kenapa mereka memberontak. Cuma mereka yang salah anggap pada niat kami yang menjalankan tugas ni. InsyaAllah, dengan hati yang ikhlas, saya yakin ALLAH pun akan membantu usaha murni kami.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...