Langkau ke kandungan utama

5 Kumpulan Layak Ke Peringkat Akhir Gangstarz 2008...

Hari ni saya nak cakap pasal keputusan Gangstarz 2008 semalam. Bukan apa, dalam banyak-banyak rancangan realiti hiburan ni, Gangstarz ni antara yang saya paling minat....Hehehe....

Semalam merupakan konsert penentu bagi 6 kumpulan untuk bersaing ke peringkat akhir Gangstarz 2008. 6 Kumpulan yang tinggal adalah Akasia dan One Nation Emcees dari Malaysia, D'raz dan D'Reborn dari Indonesia, dan Paragon Child dan 3.5 dari Filipina. Memang saya ternanti-nanti konsert semalam sebab nak tahu siapa yang akan beraksi di peringkat akhir. Juri jemputan semalam adalah Fauziah Latif.

D'Reborn membuka tirai persembahan semalam. Persembahan menarik dari mereka yang mendendangkan lagu-lagu menarik, antaranya Mentera Semerah Padi. Mereka menjadi satu-satunya kumpulan yang mendapat 5 bintang dari Haikal dan Ajai, dan seakan-akan mengukuhkan kedudukan ke peringkat akhir.
(Jumlah bintang = 5,4,5)



Kemudian persembahan kedua pula ialah dari kumpulan Akasia. Menampilkan lagu-lagu seperti Anggapan Mu dan Rindu, mereka dilihat kurang menonjol berbanding konsert sebelumnya. Malah, bintang untuk mereka juga berkurangan minggu ini.
(Jumlah bintang = 3,3,3)



3.5 pula menjadi kumpulan ketiga membuat persembahan. Tampil dengan lagu-lagu seperti I Will Survive, mereka dilihat boleh mencabar kedudukan beberapa kumpulan lain. Mereka dinasihat oleh Fauziah Latif untuk memilih kasut yang lebih sesuai untuk memudahkan mereka menari.
(Jumlah bintang = 3,4,4)



Persembahan diteruskan lagi dengan menampilkan kumpulan Paragon Child. Menampilkan lagu-lagu seperti I Don't Want Miss A Thing dan Thriller, mereka nampaknya lebih mengutamakan gimik tarian mereka. Seperti komen Haikal, permulaan lagu Thriller terlalu panjang. Manakala Ajai pula memberi komen bawaha nyanyian mereka 'ketat'.
(Jumlah bintang = 3,4,3)



Seterusnya, D'Raz tampil dengan membawakan lagu Tak Bisa Memilih Mu. Tapi persembahan mereka kurang menarik berbanding konsert-konsert lepas. Menurut Haikal, suara harmoni lelaki tenggelam, dan Ajai pula menyamakan persembahan mereka dengan kumpulan rakan mereka, The Lima.
(Jumlah bintang = 3,3,3)



Persembahan terakhir adalah dari One Nation Emcees. Menampilkan lagu-lagu seperti I Don't Wanna Know dan Aspalela, mereka berjaya menghiburkan penonton. Namun, Haikal menasihatkan mereka agar memberi lebih penekanan pada vokal. Ajai pula mempersoalkan pemilihan lagu Apalela yang dianggap tidak sesuai dengan kumpulan mereka yang berimej hip hop.
(Jumlah bintang = 3,4,4)



Walaupun pada awalnya Fara dan Faizal mengumumkan bahawa 4 kumpulan akan ke peringkat akhir, namun pindaan dibuat di saat akhir dan 5 kumpulan akan layak ke akhir, dan 1 kumpulan sahaja akan tersingkir. 3 kumpulan awal yang diumum menepati tekaan saya. One Nation Emcees, Paragon Child dan D'Reborn menjadi 3 kumpulan pertama yang diumum berjaya ke peringkat akhir. 3 kumpulan terakhir, D'Raz, 3.5 dan Akasia berdebar menunggu keputusan. Akhirnya, D'Raz yang tersingkir. Satu keputusan yang mengejutkan bagi saya. Apa pun, keputusan sudah dibuat. Kita tunggu je la persembahan 5 kumpulan ni di peringkat akhir yang dijadualkan pada 24 Ogos nanti.

p/s : Jangan lupa mengundi ek...kita tengok kumpulan mana dapat undian tertinggi

Ulasan

Norsya berkata…
vote one nation Mceees
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hahaha...sama la kita....

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad