Langkau ke kandungan utama

Kelahiran Ku...



24 tahun lalu, di Hospital Besar Kota Bharu, lahirnya seorang bayi lelaki sekitar jam 10.45 pagi. Kelahirannya disambut gembira oleh sepasang suami isteri dengan penuh kesyukuran. Lahir sebagai anak kedua dalam keluarga, bayi ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapanya. Mungkin disebabkan 'sindrom anak kedua', dia menjadi agak pemalu dan pendiam di kalangan adik beradiknya. Namun, itu menjadikannya istimewa.



Genap umurnya 6 tahun, dia mula mengenal erti ilmu secara rasminya. Bermula di sebuah taman asuhan kanak-kanak, dia mula mengenal apa itu A, B, C...1, 2, 3...Alif, Ba, Ta...Bertubuh sederhana, dia mula dikenali dan disayangi oleh pengajar kerana kepintaran dan keunikan yang dimilikinya.




Setahun kemudian, bermulalah zaman persekolahannya. Bermula di darjah 1 Nilam dan 2 Nilam di SRK Ismail Petra (1), dia dipindahkan ke kelas pertama kerana kecemerlangan di dalam peperiksaan. Berada di darjah 3 Zamrud, 4 Zamrud, 5 Zamrud dan 6 Zamrud telah membuatkan dia sedikit tenggelam dengan kepintaran rakan-rakan yang lain. Namun, tidaklah menampakkan kelemahan pada dirinya. Mungkin di sini dia mula mengenal erti keseronokan persahabatan. Mengumpul memori bersama rakan-rakan sekelas, dia tidak pernah melupakan tanggungjawab untuk belajar. Akhirnya, 4A menjadi miliknya di UPSR.



Melangkah ke sekolah menengah, dia kurang bernasib baik kerana tidak dapat memasuki sekolah pilihannya. Namun, di SMK Putera, dia mula mengenal teori-teori asas dalam kehidupan. Tingkatan 1 Ibu Khaldun, 2 Ibnu Khaldun dan 3 Ibnu Khaldun, tahap pertamanya di sekolah menengah. Masih bersifat rendah diri dan pendiam, dia kurang dikenali walaupun abangnya merupakan Ketua Pengawas sekolahnya pada satu masa. Memperolehi 5A, 3B dalam PMR, dia memilih untuk tidak berpindah sekolah. Dalam hatinya, ada 1 misi yang ingin ditunaikan. Mengubah diri menjadi seorang yang cukup disegani di sekolahnya. Selangkah demi selangkah, dia mula dikenali.



Dalam tempoh 2 tahun, dia menjadi antara pelajar yang cukup dikenali sebagai antara pemimpin pelajar unik. Dihormati guru dan disegani rakan, menjadikannya cukup 'hebat' berbanding legasi abangnya sendiri. Namun, selagi ada golongan 'manusia berwatak hitam', dia tidak akan lepas dari hasad dengki. Dia difitnah dan menyebabkan namanya terjejas dalam sekelip mata. Apa salahnya? Ada dosanya? Sehinggakan dia difitnah demikian rupa, dan akhirnya melemahkan semangatnya untuk terus berjuang.. Tetapi, semangatnya untuk belajar belum luntur. Akhirnya, dia masih mampu mencapai kedudukan 5 pelajar terbaik sekolah.



Tidak ada rezeki untuk ke matrikulasi atau ke peringkat diploma, dia meneruskan pengajian ke SMK Kota Bharu untuk STPM. Bagaikan fobia dengan pengalaman lalu, dia 'menyembunyikan taring' dari diketahui umum. Tujuannya hanya satu kali ini, iaitu ke menara gading. Walaupun masih ada mengenalinya dan mahukannya kembali ke 'era kegemilangannya', dia tegas untuk berundur. Dalam masa setahun setengah berusaha, akhirnya pengorbanannya untuk berundur dari 'kegemilangan' membuahkan hasil. Dia berjaya ke menara gading.



13 Jun 2004, detik pertama dia menjejakkan kaki ke lembah ilmu yang digelar menara gading, dan Universiti Utara Malaysia menjadi persinggahannya. Secara tidak langsung, dia bukan hanya menimba ilmu formal, malah dia mengenal erti sebenar kehidupan. Bermula dengan persahabatan, konflik diri hinggalah ke soal hati, semuanya sudah dialami. Itu semua membuatkan dia lebih matang dan tabah untuk mengharungi dugaan yang cukup hebat. 3 tahun berada di Sintok, dia akhirnya menamatkan pengajiannya dengan segulung Ijazah Teknologi Maklumat Dengan Kepujian pada 16 Mac 2008. Tidak pernah bangga denga apa yang dimiliki, dia semakin bersedia menempuh gelora sebenar dunia semasa. Berbekalkan pengalaman lalu, dia akan lebih berhati-hati.





Dan setelah menamatkan praktikalnya di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu, dia akhirnya ditawarkan jawatan sambilan di Bahagian Pengurusan sebagai Pembantu Sistem Maklumat. Pengalaman mencari rezeki hasil titik peluh sendiri membuatkan dia teruja. Teruja untuk terus lebih maju dari sebelumnya. Dia mahu berada lebih tinggi lagi. Seperti burung yang terbang di langit. Bukan hanya untuk dirinya, tetapi untuk ibu bapa yang banyak berkorban untuknya.



Dan hari ini, 27 Ogos 2008, genaplah umurnya 24 tahun. Setelah 24 tahun hidupnya, dia tetap orang yang sama seperti dulu. Mungkin sedikit sebanyak berubah mengikut keperluan, namun hatinya tetap sama. Seorang lelaki yang berasal dari keluarga miskin tetapi ingin berjaya. Kepada mereka yang pernah melukakannya, terima kasih kerana menyedarkannya akan hakikat kehidupan. Dan kepada mereka yang bersama sewaktu dia terluka, terima kasih kerana menjadi insan yang memahaminya. Walau apa pun yang akan diperkatakan oleh orang lain, dia tidak peduli. Kerana apa yang pasti, menjadi insan yang bernama RIKI RISWANDI BIN ZULBAHRI sudah cukup membuatkan dirinya istimewa di mata mereka yang mengenali dan menyayanginya...

p/s : Selamat hari jadi juga kepada mereka yang lahir di bulan Ogos ni... Bangga betul lahir di bulan kemerdekaan ni...

Ulasan

Norsya berkata…
Alahai, sedih nye entry Riki..
Susah2 dahulu, senang2 kemudian..
Semoga Berjaya dan bahagia dlm hidup di dunia mahu akhirat :)
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
huhu...pengalaman idup...tu yg dikongsi je, yg sy xkongsi dgn sape2 lg byk....

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad