Langkau ke kandungan utama

Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41...

Sabtu lepas, seperti yang saya maklumkan dalam post saya, saya terpilih untuk menduduki Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41. Saya ditempatkan di Dewan B, SMK Zainab 1. Saya tiba awal kerana calon dikehendaki berada 30 minit awal sebelum peperiksaan bermula.

Peperiksaan ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian 1 dan 2. Bahagian 1 mengandungi 5 pecahan iaitu Seksyen A, B, C, D, dan E. Manakala Bahagian 2 pula mengandungi 1 pecahan saja iaitu Seksyen A.

Bahagian 1, Seksyen A mengandungi soalan-soalan umum berkaitan Malaysia, alam sekitar dan perkara umum yang lain. Terdapat 40 soalan yang perlu dijawab dalam masa 45 minit. Antara soalan ialah tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 dan juga Tokoh Maulidur Rasul 2008.

Bahagian 1, Seksyen B pula mengandungi soalan-soalan penyelesaian masalah, iaitu soalan matematik. Skop adalah matematik peringkat SPM dan 40 soalan mesti diselesaikan dalam 45 minit.

Bahagian 1, Seksyen C pula adalah soalan-soalan pemahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Calon diberikan teks dan pernyataan, dan hendaklah menjawab soalan berdasarkan pernyataan itu. 20 soalan Bahasa Melayu dan 20 soalan bahasa Inggeris perlu diselesaikan dalam 45 minit.

Bahagian 1, Seksyen D pula merupakan esei Bahasa melayu. 3 pilihan soalan diberikan dan calon perlu menyediakan satu esei sepanjang 300 hingga 500 patah perkataan dalam masa 60 minit.

Bahagian 1, Seksyen E pula adalah esei Bahasa Inggeris. Formatnya sama dengan esei Bahasa Melayu. Calon dikehendaki menyiapkan esei dalam masa 60 minit.

Bahagian 2, Seksyen A pula adalah mengenai sahsiah diri. Apa yang dipersoalkan memerlukan kejujuran dari calon kerana melibatkan keputusan yang perlu dibuat berdasarkan sesuatu situasi dalam kehidupan seharian. 200 soalan perlu disiapkan dalam masa 45 minit.

Apa yang dapat saya katakan di sini, soalan-soalan yang diberikan adalah soalan-soalan yang boleh dijawab oleh setiap calon. Tapi apa yang calon perlukan adalah kecepatan dan ketangkasan menjawab soalan kerana masa adalah terlalu singkat. Bahagian pengiraan memerlukan ketangkasan mengira yang hebat kerana 40 soalan perlu diselesaikan dalam masa 45 minit. Begitu juga dengan soalan sahsiah diri. 200 soalan dalam masa 45 minit. Saya sendiri terpaksa menyiapkan soalan ke 160 hingga 200 dalam masa 10 minit terakhir. Tak pernah saya jawab soalan sepantas tu...Hehehe....

Saya harap dengan usaha saya, saya dapat lulus dalam peperiksaan ini dan mampu untuk ke peringkat seterusnya. INSYAALLAH....

Ulasan

Norsya berkata…
Semoga Berjaya..:)
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
same la dgn awk...hehe...

ok x exam tu...?
Norsya berkata…
bese je alhamdulillah..hehehe :)

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...