Sejak kebelakangan ni, makin ramai pulak member-member yang kahwin. Semuanya boleh dikatakan muda-muda lagi. Mungkin mereka dah bersedia kot. Tambahan pula dah ada kerjaya sendiri. Jadi, memang dah layak la kalau nak kahwin. Ada yang kahwin 2,3 tahun lepas, sekarang anak pun nak masuk 2,3 orang. 'Produktif' betul....Hehehehe.... Bukan apa, saya tumpang gembira bila tengok kawan-kawan saya bahagia. Tentunya pilihan yang dibuat adalah terbaik untuk mereka. Jadi, jodoh dah sampai, tak elok la dilambat-lambatkan.
Saya pulak masih lagi macam ni. Kerja pun tak tetap lagi. Masih terumbang-ambing mencari hala tuju hidup. Masih banyak lagi misi yang belum tercapai, terutamanya berkaitan dengan keluarga saya sendiri. Tentulah saya nak bahagiakan dulu kedua ibu bapa saya. Kemudian, barulah boleh nak fikir pasal kahwin. Maksudnya,lambat lagi la tu. Hehehehe.....
Tapi sekarang ni jiwa saya macam 'memberontak' setiap kali melihat kawan-kawan saya berumah tangga. Atau pun melihat kawan-kawan yang lain bahagia dengan pasangan tunang atau kekasih mereka. Bukan lah saya tak puas hati sebab mereka bahagia, tapi cemburu kerana saya tidak memiliki kebahagiaan seperti mereka sekarang. Mungkin dulu saya sudah merasainya, tapi 'keperitan' yang ditanggung sampai sekarang belum terubat. Keperitan yang wujud akibat 'kesetiaan yang melampau' saya sendiri.
Sampai sekarang, saya masih lagu 'sorang'. Tak ada teman istimewa. Memang tak dinafikan, lebih senang bila duk sorang-sorang macam ni. Tapi kadang-kadang sunyi gak rasanya. Tak ada tempat nak mengadu, berbual mesra. Nak harapkan kawan-kawan, semua sibuk dengan kehidupan mereka sendiri. Bertambah la kesunyian saya. Tapi, apa boleh buat, mungkin jodoh saya jauh lagi.
Apa pun, saya akan fokus pada kerja sekarang ni. Orang kata, dahulukan yang lebih penting. Tapi, kadang-kadang saya suka gak duk layan jiwang sorang-sorang. Kalau tak caye, tengok la gambar yang saya edit ni. Hehehehe.... Saje nak isi masa lapang....
p/s : Mana la nak cari 'Gadis Sempurna' untuk saya....

Ulasan