Selepas keputusan program PAC dikeluarkan pada 12 Januari lepas, saya selalu je buka laman web SPA untuk tengok tarikh temuduga untuk jawatan PTD (M41). Bukan apa, nak buat persiapan serba sedikit. Nanti tak la malu sangat bila dalam bilik temuduga nanti.
Hari Sabtu baru ni, semasa saya datang ke pejabat dengan Man, saya pun sempat jugak la buka laman web SPA. Akhirnya, saya tengok dah ada pun semakan untuk temuduga tu. Temuduga akan diadakan pada 4 Mac nanti di Pusat Temuduga SPA di Kota Bharu. Macam-macam perasaan ada. Maklumlah, selepas mengharungi 2 peringkat sebelum ni yang agak mencabar, akhirnya tiba untuk peringkat terakhir.
Macam biasa, saya tetap tidak meletak sebarang harapan yang tinggi untuk temuduga ni. Bagi saya, mungkin ini pengalaman yang boleh saya ambil. Maklumlah, ramai juga yang kandas semasa sesi temuduga ni. Ini kan pula saya yang serba kekurangan ni. Apa boleh saya buat, cuba yang terbaik. Kalau dah rezeki saya, ada la tu. Kalau tak ada rezeki, kena teruskan hidup gak. Takkan la nak terjun lombong pulak, kan...Hehehe...
Sekarang saya dalam proses mengumpul maklumat untuk temuduga nanti. Saya sekali lagi minta bantuan bos saya dalam segi persediaan. Maklumlah, suami bos saya pernah mengikuti temuduga PTD, malah bos saya juga ada kawan PTD. Mungkin sedikit sebanyak dapat memberi saya gambaran semasa temuduga nanti. Selain itu, saya juga harap kawan-kawan yang tahu agar dapat turut dapat membantu saya. Mana la tahu berkat kawan-kawan, dapat gak saya merasa jadi PTD....Hehehe...
p/s : Ibarat di persimpangan terakhir, sama ada jalan yang membawa kejayaan atau jalan yang membawa kedukaan. Hanya ilmu dan pengalaman dapat membantu...

Ulasan
mintak dah...dpt la skit tips tu...tp mcm takut je nak gi...huhu...
emma:
thanks...hehe
kiter doakan moge sumer nya suksess!~
positif positif~
tq...sy susah nak confident kalu benda2 mcm ni...masa program ari tu pun sy bkn main lg takut...moral down...huhu
emma :
nak tgk mana?hehe