Langkau ke kandungan utama

Persoalan...

Sebagai manusia, tentu sekali kita tak dapat lari dari pelbagai persoalan dan permasalahan yang membelenggu hidup kita. Tak kisah la persoalan itu kecil atau besar. Yang penting, ianya tetap perlu diselesaikan.

Apabila manusia menghadapi permasalahan dan persoalan seperti ini, belum tentu cara yang digunakan untuk mengatasinya adalah cara yang terbaik yang sepatutnya dilakukan. Jika caranya betul, setiap permasalahan dan persoalan ini pastinya dapat diselesaikan dengan baik sekali. Namun, jika pendekatannya kurang sesuai, sudah tentu permasalahan itu tidak akan selesai, malah mungkin akan menimbulkan masalah-masalah serta persoalan lain pula.

Sekarang, saya memang ada banyak masalah dan persoalan yang berlegar-legar dalam otak saya ni tanpa diuruskan dengan sewajarnya. Bukan salah pendekatan, cuma saya lebih berhati-hati dalam membuat penilaian dan keputusan. Maklumlah, perkara yang melibatkan orang lain ni perlukan penyelesaian yang betul. Kalau tak, akan ada yang terasa hati.

Apa yang merisaukan saya, persoalan-persoalan ini akan semakin bertambah sebelum sempat diselesaikan. Nanti parah jadinya. Kalau hard disk komputer yang penuh pun boleh membuatkan komputer tu jadi perlahan, ini kan pula otak manusia. Silap hari bulan, ke Tanjung Rambutan jawabnya....Huhuhu...

Apa pun, kita ada akal untuk membuat penilaian dan agama serta Al-Quran yang menjadi panduan hidup sebagai umat Islam. Gunakan anugerah yang dikurniakan ini sebaiknya. INYSAALLAH, kita tak akan terus tenggelam dalam arus persoalan yang menggila.

p/s : Harap-harap saya dapat selesaikannya dengan betul....

Ulasan

tomato_masam berkata…
manusia n masalah tak dapat dipisahkan,nak tak nak kena follow the flow, flow yang mana tu kena fikir lek lok la, hee~
CNcity's Enterprise berkata…
hahha jgn la lari2 nti jatuh kang cik bang abg oi... nti sy gak susah nak kene tolong pgl bomba.. ngeh2.. xper2 kalo awak masuk tanjung rambutan, nak wat cane kan? nti sy p lawat yerk hehhe. jgn lupa kalo dah register kt tanjung tuh, gtau no! sy tgu nih..
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
fie :
tu la mslhnye,kn...kalau ada buku hikmat yg bleh tlg,xpe la gak...huhu...

emma:
amboi...suka sgt la tu sy masuk tanjung...xpe, nanti sy register utk emma skali ek..hehehe
CNcity's Enterprise berkata…
eh2 xpayah la susah nak regiser u sy lak.. sy nak duk umah jer.. xnak p tanjunggg hu2.
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehe...xpela...kita g same2 la ek...

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad