Langkau ke kandungan utama

Jari Ku...

Hari ni saya dah mula kerja. Saya sampai Terengganu petang semalam. Nasib baik la jalan tak sesak sangat. Cuma ada 2,3 tempat yang sesak sikit.

Sebenarnya mood raya tu ada lagi sekarang ni. Jadi, nak kerja pun macam malas sikit...Hehehe...Tak pe. Kerja tetap kerja, raya tetap raya.

Cuma saya sekarang ni risau sikit pasal kaki saya ni. Hari Khamis baru ni, saya telah ke klinik untuk periksa ibu jari kaki saya ni. Kuku ibu jari kaki saya dah cengkam isi. Sebenarnya dah lama pun saya kena, cuma saya tahan je. Sekarang, dah jadi semakin teruk. Bila jumpa doktor, dia suruh saya di jumpa pakar, buang terus ketulan kat tepi kuku tu. Terkejut gak, takkan sampai macam tu. Saya tak tahu la pulak yang benda ni dah jadi teruk.

Tapi doktor bagi ubat dulu. Tengok dalam masa lebih kurang 10 hari. Kalau tak ada perubahan, terpaksa la buang. Kalau tak, nanti makin melarat. Boleh menjejaskan lebih bahagian lain pulak.

Saya harap sangat la tak perlu sampai jumpa pakar. Bukan apa, saya dah letih sebenarnya. Dalam hidup saya ni, banyak sangat sakit. Masuk hospital je dah 3 kali. Masuk dewan bedah pulak dah 2 kali. Tu tak kira lagi penyakit yang saya duk tanggung dari kecil. Pendek kata, ubat tu dah macam gula-gula untuk saya. Dari kecil sampai la besar. Bukannya saya tak jaga kesihatan, tapi mungkin dah ditakdirkan begitu. Redha je la.

Jadi, hari ni saya pakai selipar je kat pejabat. Nak buat macam mana,kan. Kena la cermat sikit kali ni. Nanti melarat pulak...Huhu..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

I'm Back...

Ya ALLAH...Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang dah ni...hehehe.. Setahun lebih dah blog ni kosong. Mood nak menulis tu macam dah hilang lepas kes laptop hilang tu..Huhu...sedih ni.. InsyaAllah..Saya cuba untuk update balik siki-sikit. Doakan supaya mood tu datang balik...Hehehe...