Langkau ke kandungan utama

Pasukan F1 1Malaysia...

Waktu tengok berita semalam, terkejut jugak saya bila dengar tajuk utamanya. Malaysia akan menyertai perlumbaan Formula 1 sebagai sebuah pasukan bermula musim hadapan.

Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai hasrat Malaysia menghantar sebuah pasukan bertanding dalam perlumbaan F1 ni. Pasukan yang dinamakan F1 1Malaysia akan menjadi pasukan yang dibarisi sepenuhnya oleh tenaga tempatan. Menggunakan kemudahan dan teknologi Proton dan Lotus, projek ini ditunjangi oleh tokoh-tokoh besar negara, menggabungkan kerajaan dan swasta.

Selain petugas hentian pit dan kakitangan lain, pelumba juga bakal dibarisi oleh pelumba tempatan. Terdapat 6 orang calon pelumba yang sedang diteliti dan nama pelumba secara rasmi akan diumumkan pada hujung Oktober nanti. Namun, dari persembahan semasa, saya rasa pelumba muda negara, Fairuz Fauzi mungkin antara yang bakal terpilih. Dengan rekod baik sepanjang menyertai kejohanan terdahulu serta mewakili Malaysia dalam acara perlumbaan A1, tentu sekali nama Fairuz Fauzi antara menjadi sebutan. Namun, tidak dinafikan bahawa pelumba F! pertama negara, Alex Yoong mungkin berada di dalam senarai akhir. Apa pun, kita tunggu je pengumuman yang akan dibuat nanti.

Bagi saya, ini adalah tindakan berani yang diambil oleh kerajaan kerana semua sedia maklum bahawa kos untuk mengendalikan sebuah pasukan F1 adalah terlalu tinggi. Malah, pasukan juga perlukan kepakaran yang tinggi. Kalau silap cara, kita boleh rugi besar. Namun, jika peracangannya berjaya, tidak mustahil negara akan mendapat pulangan yang besar. Malah, ini juga dapat membantu meningkatkan lagi pasaran penjualan kereta Proton.

Apa pun, kita tunggu je tahun depan. Doakanlah bahawa kita akan dapat sesuatu yang berguna dari penyertaan negara dalam F1.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...