Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2008

Setahun Di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu...

28 Mei 2008..Hari ni genaplah saya berada di Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu (JBPMNT). Bermula sebagai pelajar dari UUM yang menjalani praktikal, kini saya merupakan salah seorang kakitangan sambilan di sini. Walaupun bukan sebagai kakitangan tetap, namun sumbangan saya makin dirasai. Masih segar di ingatan saya pada hari pertama saya melapor diri di sini. Tepat jam 8.00 pagi pada 28 Mei 2007, iaitu setahun yang lalu, saya sudah terpacak di hadapan Bahagian Latihan. Saya perlu melapor diri kepada Penyelia saya di sini, iaitu PPgB Md Ali bin Jusoh, Penolong Pengarah Latihan atau dipanggil Tuan Md Ali. Mungkin masih awal, jadi Tuan Md Ali masih belum tiba. Saya disambut oleh Norehan (Ann). Ann merupakan salah seorang pelajar yang membuat praktikal di JBPMNT ini. Ann pelajar ILP. Sambil menunggu kehadiran Tuan Md Ali, saya sempat berbual dan berkenalan dengan Ann. Sedang saya berbual-bual dengan Ann, seorang lagi pelajar praktikal tiba, iaitu Nor Haliza (Kak Liza). Kak Liza

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Kursus HRMIS di KL...4 (Final)

22 Mei 2008 9.00 pagi - Hari ni pun start macam biasa...Kak Mai dari Akademi Wakaf Tapai tumpang pajero kitaorang lagi...tapi diaorang balik awal... 4.30 petang - Hari ni balik awal sebab Eddy dari HQ Putrajaya dah tak larat nak tunggu...sape-sape yang tak siap lagi, kena siapkan sebelum Hari Khamis nanti (29 Mei 2008)... 5.30 petang - Bertolak balik ke Terengganu...Sampai di rumah saya dalam pukul 11.50 malam...letih yang teramat sangat...huhu...apa pun, banyak ilmu baru saya dapat sepanjang mengikuti kursus HRMIS ni...tapi menurut orang-orang di HQ, akan ada kursus sesi ke 2...orang yang sama kena gi...huhu...kalau ada lagi kat Bomba ni, bleh la gi...kalau tak, tak leh la...hehe

Kursus HRMIS di KL...3

21 Mei 2008 9.00 pagi - Macam biasa, kelas start jam 9.00 pagi...hari kedua yang sama macam semalam...cukup memeningkan...huhu...tapi tetap kena buat jugak... 5.00 petang - Hari ni habis lewat sikit...letih gakbanyak benda kena buat...sampaikan terpaksa telefon balik ibu pejabat Terengganu...memang kalut gak 2 hari ni...hehe 8.00 malam - Keluar makan dengan En Mukhtar kat dekat-dekat hostel je....tak larat nak gi jauh-jauh...dah la malam ni tak gi mana-mana... 11.00 malam - Kak Da telefon...ajak turun, makan nasi lemak...rupa-rupanya Kak Da dengan CC baru balik jalan-jalan dari Mid Valley...siap shopping lagi...hehe...enjoy sakan nampak... 12.00 malam - Naik tidor le...hehe

Kursus HRMIS di KL...2

20 Mei 2008 8.15 pagi - Keluar minum pagi dengan En Mukhtar...sambil-sambil tu, tengok gelagat warga ibu kota di pagi hari.. 9.00 pagi - Sampai di Jalan Metro Pudu 2...nak start kursus jap lagi...hehe 9.30 pagi - Pengajar dari KPKT mula beri taklimat...banyak benda baru yang saya belajar...nasib baik la boleh faham... 2.30 petang - Lepas rehat, sambung balik...banyak perkara yang tak lengkap lagi...kena siapkan gak dalam masa 3 hari ni...jadi, memang kena kejar masa... 5.00 petang - Tamat untuk hari ni...balik dulu... 6.30 petang - Keluar jalan-jalan sekitar Jalan Chow Kit dan Jalan Tengku Abdul Rahman...Last sekali singgah di Sogo..jumpa dengan Mas di Sogo...dia dengan kawan dia, Syaz kot namanya...comel gak...hehe 8.30 malam - Balik ke penginapan....makan dulu pastu baru naik ke bilik.....

Kursus HRMIS di KL...1

19 Mei 2008 Jam 9.15 pagi - Bertolak dari Kuala Terengganu...bertolak awal sebab nak elak kesesakan lalu lintas di KL nanti...maklumlah, cuti umum ni biasanya menjadikan KL sesak...hehehe Jam 1.15 tengah hari - Berhenti rehat di R & R Temerloh...rehat-rehat jap sambil makan tengah hari dan solat...ramai gak orang berhenti sini...budak-budak sekolah pun ramai...gi lawatan kot... Jam 4.40 petang - Sampai di Jalan Chow Kit..terus gi rumah transit Menara Kota, Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit...duduk di Menara Kota dengan En. Mukhtar, Kak Da dengan CC duk di hotel lain...rehat dulu, letih lagi perjalanan jauh...sempat tidur jap... Jam 8.15 malam - Keluar makan dengan En. Mukhtar di Syaz Curry House...sambil-sambil tengok berita pasal Tun DR. Mahathir keluar UMNO...hehe....macam-macam la politik sekarang...lepas makan, lepak di bilik kawalan BBP Chow Kit sambil tengok Astro...sempat gak tengok siaran langsung dia antara Malaysia dan Nigeria sempena Piala Antara Benua...keputusan se

Selamat Hari Guru...

16 Mei setiap tahun merupakan hari bagi setiap ahli masyarakat meraikan dan mengenang jasa insan yang dipanggil 'Guru'..Insan yang dianggap sebagai 'lilin yang membakar diri untuk menerangi yang lain'... Pejam celik, rupanya sudah hampir 5 tahun saya meninggalkan alam persekolahan,...alam yang sememangnya merapatkan diri saya dengan para guru...Di sinilah saya diberi ilmu dan pengajaran dari para guru, tidak kira sama ada pendidikan formal atau tidak formal...dan dari sini saya mula mengenal erti hidup dan perjuangan... Gambar ni semasa tahun 1990 di Taski Fatimah Az-Zahrah, Kota Bharu...Di sinilah saya mula diajar mengenal A,B,C...1,2,3...Alif,Ba,Ta...Sampaikan saya dan adik saya menjadi pelajar kesayangan oleh guru di sini(kami panggil ustazah...) kerana saya boleh membaca surat khabar walaupun masih berumur 6 tahun...menurut kawan-kawan yang berada berdekatan dengan taski tu, gambar saya dan adik saya digantung sebagai kenangan pelajar paling menonjol...hehe...tapi s

Sedihnye....huhu

Sedihnye...hari ni dah 15 hari bulan, tapi gaji bulan lepas tak dapat lagi...bila tanya staff kat bahagian gaji, ada kesilapan masa buat gaji...jadi, kena la proses balik....huhu...masalahnya, 19 hari bulan ni dah nak bertolak gi KL...ada kursus...rugi la gi KL dengan takde duit.... Huhu...harap sangat la pihak yang terlibat dapat cepatkan sikit....dah tak sanggup hidup takde duit....dengar je dah keje, tapi duit ada seringgit je dalam dompet.... Huhu...tolooooongggg.....

Bola Sepak...

Tak tau nape hari ni rasa macam nak cakap pasal bola je...hehe...bukan ape, banyak liga utama dunia baru je habis dan telah menabalkan juara-juara untuk liga masing-masing. Yang terbaru, tentu la penabalan Manchester United sebagai juara bagi Liga Perdana Inggeris. Selain itu, liga La Primera di Sepanyol juga sudah mengesahkan kejayaan Real Madrid sebagai juara untuk dua musim berturut-turut. Sebagai salah seorang penyokong Real Madrid, tentu sekali saya gembira dengan kejayaan menjuarai liga bagi musim 2007/2008 ini. Mungkin ada yang beranggapan bahawa kejuaraan yang dimiliki Madrid hanya hadir setelah Barcelona gagal mempersembahkan aksi terbaik, namun Madrid sememangnya layak untuk bergelar juara walaupun gagal mempamerkan aksi konsisten di awal musim. Mendapat tentangan dari musuh tradisinya, Barcelona, dan juga Villareal, Real madrid tentunya tetap gah di persada liga. Begitu juga jika dilihat perkembangan di Liga Perdana Inggeris. Tentunya Man. Utd. begitu lega di atas kejayaan m

Selamat berjaya...

Sekarang ni, member-member FTM yang sedang praktikal mengalami 'kerisauan' sebab nak kena bentang projek praktikal depan pensyarah. detik macam ni saya dah lalui Ogos tahun lepas, jadi saya tahu macam mana rasanya. Sesiapa pun yang pernah alaminya tak akan menafikan bahawa saat ni adalah saat yang memang mendebarkan. Walaupun dah banyak sesi perbentangan yang pernah kita lalui, tapi perbentangan projek praktikal ni lain rasanya. Gemuruhnya memang kuat. Mungkin sebab ni perbentangan terakhir sebagai pelajar FTM, UUM...atau mungkin juga sebab nak dapat result terbaik untuk praktikal ni, maklumlah, 8 jam kredit...rugi kalau tak dapat markah tinggi. Apa pun, nasihat saya kepada kawan-kawan yang terlibat, buat macam biasa je. Yang penting, kita dah buat yang terbaik... Semoga berjaya...

Impian jadi kenyataan...

Gambar ni diambil sempena tamat pembelajaran di TASKI pada tahun 1990. Dari sini, timbullah impian untuk berada di menara gading dan sekaligus memiliki segulung ijazah. Dan pada 15 Mac 2008, impian telah menjadi kenyataan... Dan semestinya detik gembira ini akan dikongsi bersama ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk memastikan detik ini menjadi kenyataan. Namun, saya berharap ini bukan yang terakhir. Semoga banyak lagi harapan saya yang akan termakbul.

Mimpi...

Macam mana kita boleh mimpi ek? Perlu ke mimpi ni dalam tidur kita? Apa pula maksud mimpi kita tu? Ni sebenarnya bukan isu la, cuma nak cerita pasal mimpi saya semalam. Saya pun pelik, kenapa kita boleh mimpikan seseorang yang dah lama kita tak jumpa? Rasanya saya tak pernah teringat dan tak pernah terlintas di fikiran saya mengenai dia. Orang yang saya maksudkan ni adalah kawan semasa sekolah rendah dulu. Seorang kawan perempuan yang saya suka tengok, sebab dia comel...hehe...Tapi dah lama tak jumpa dia. Sekelas dengan dia sampai darjah 6, iaitu 12 tahun lepas, lepas tu bawak haluan masing-masing. Pernah la terserempak dulu dengan dia. Rasanya dalam 6 tahun lepas. Memang tak pernah pun terpikirkan dia. Tapi nape boleh mimpikan dia...?huhu... Bukan apa, saya rasa kurang senang bila ada mimpi-mimpi macam ni. Mimpi pulak 'berkasih' dengan dia. Lagi la semacam saya rasa. huhu...Ada apa-apa maksud ke mimpi macam ni? Atau sekadar mainan tidur semata-mata? Ada sesiapa boleh tolong hu

Pelik bin ajaib...

sape bleh huraikan benda ni...?hehe...macam mana ek kambing ni boleh sangkut kat kabel tu...? yang pasti, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiiiiiii..... hehe...

Bosan la...

Boring betul la...dah la staff lain takde, keje pun takde...duk je dalam pejabat ni...huhu...dah 2 hari macam ni...maklum la, semua staff lain gi kursus di Taman Negara...jadi, yang tak gi ni, kena la jaga pejabat... Esok ada sehari lagi...hari yang membosankan...huhu

Selamat Hari Ibu...

‘Demi Masa’, drama yang disiarkan di slot Cerekarama TV3 semalam adalah antara rancangan yang disediakan sempena menyambut Hari Ibu. Drama yang dilakonkan oleh Sheila Rusly, Shafie Naswip, Rozie Othman, Iqram Dinzly, dan Fizz Fairuz ini merupakan sebuah lagi produk kemasyarakatan yang dihasilkan oleh JS Pictures. Drama yang berkisahkan tentang seorang anak kampung, Nazli yang cukup pintar dalam pelajarannya, tetapi malu dengan keadaan ibunya yang buta sebelah mata. Sedaya upaya dia cuba mengelak daripada diketahui oleh rakan-rakan sekelas bahawa Mak Yam, penjual di kantin sekolah adalah ibunya. Berbeza pula dengan sahabatnya, Zaid yang kurang pintar, tetapi taat dan menghargai ibunya. Lulus cemerlang dalam PMR merupakan sesuatu yang dinantikan oleh Nazli. Peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama bagaikan dinanti-nantikannya. Mak Yam cukup berbangga dengan kejayaan Nazli, walaupun akan sedih dan merindui anak tunggalnya itu yang akan berada jauh. Tetapi Nazli bagaikan tidak sabar

Pekerjaan & Pengangguran...

Pada 10 dan 11 Mei 2008, satu Karnival Kerjaya telah dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia di Dewan Jubli Perak MPKB, Kota Bharu, Kelantan. Karnival dua hari ini memberi peluang kepada majikan untuk mencari calon-calon yang sesuai untuk diserapkan ke jawatan yang disediakan. Karnival ini juga memberi peluang kepada para graduan yang menganggur untuk mengintai peluang kerjaya yang sesuai. Saya sendiri sempat menghadiri karnival ini semalam. Setibanya saya di tapak karnival, saya sudah dapat melihat ratusan graduan yang berpusu-pusu untuk mendaftar. Malah, segenap ruang dijadikan tempat untuk para pemohon mengisi borang permohonan. Tanpa meletak harapan tinggi, saya cuba melihat di sekeliling tapak karnival tersebut. Semua orang macam dah tak kisah untuk berhimpit-himpit dan menolak satu sama lain, demi mendapatkan penerangan tentang kekosongan jawatan yang disediakan. Bayangkan betapa ramainya pengunjung ke karnival ini bila saya hanya mengambil masa lebih sejam hanya u

Cian budak ni...hehe...

ish, cian budak ni....sape la yang gi tembak budak ni...tp lucu gak bila tengok...hehe...kalau nak tahu, ni la gambar kat wallpaper komputer kat pejabat saya... hehe...saya suka cari gambar-gambar lucu ni...kalau ada. nanti saya post lagi... p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Ibu...

Ibu.. Ibu… Engkaulah ratu hati ku… Bila ku berduka… Engkau hiburkan selalu… Bait-bait lagu ini selalu didendangkan setiap kali kita meraikan Hari Ibu. Lagu ciptaan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee ini saban tahun dimainkan. Lirik yang dengan nyata menggambarkan bagaimana kita menghargai jasa dan pengorbanan seorang wanita yang digelar ibu. Sebagai seorang anak, pernahkah kita terfikir tentang perjuangan seorang ibu? Pernahkah kita tanya pada diri kita, kenapa ibu terlalu sayangkan kita? Kenapa ibu tidak pernah penat dalam mendidik, membimbing, dan membesarkan kita? Dari manakah kekuatan yang diperolehinya sepanjang tempoh membesarkan kita? Tentu sekali ramai yang tidak terfikir akan persoalan seperti ini. Dan cuba kita tanya lagi diri kita Berapa kali kita membuat sesuatu yang menggembirakan ibu? Berapa kali kita teringatkan ibu semasa kita terlalu gembira? Berapa kali pula kita cium kedua belah tangan ibu untuk menyatakan rasa terima kasih kita? Bagaimana jawapan yang anda perolehi? Ada

Selamat menyambut Hari Bomba 2008

4 Mei setiap tahun merupakan Hari Anggota Bomba. Mungkin ramai yang tidak sedar, atau tidak tahu tentang tarikh ini. Tidak seperti Hari Polis dan Tentera yang sentiasa dihebahkan, hari yang dianggap sebagai hari untuk memperingati jasa para bomba ini kurang mendapat liputan. Entah di mana silapnya, namun kita seharusnya menghargai jasa para anggota bomba ini sama seperti mana kita menghargai jasa para tentera dan juga polis. Mungkin ramai yang tidak sedar akan pentingnya tugas mereka kerana jarang dapat melihat mereka 'beraksi', tetapi hakikatnya mereka jugalah yang akan cuba menyelamatkan harta benda semasa berlaku kebakaran, menyelamat mangsa lemas, menangkap haiwan berbisa yang mengganggu, atau menyelamatkan mangsa kemalangan. Mungkin banyak rungutan yang kita dengar mengenai kerjaya mereka. Lambat ke tempat kejadian merupakan rungutan yang sentiasa menjadi bualan. Tetapi sedarkah kita bahawa mereka sebenarnya telah melakukan yang terbaik? Memang benar, kadang-kadang mereka

Hati-hati dgn cermin 2 arah...

bagi yang suka nginap di hotel atau gi toilet awam. Tu baru cermin tak kira lagi kamera tertutup di lampu2. Bahaya tu takut jadi macam student Gombak. BAGAIMANA MENGENAL PASTI CERMIN 2 ARAH ? Ketika kita masuk ke toilet awam, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka). Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelakiAdalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal

Salam pertama...

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pertama sekali, syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya, dapatlah sy memulakan 'perkongsian' saya ini... Ruangan yang saya bangunkan ini hanyalah sekadar ruangan untuk saya berkongsi sesuatu yang menarik dan berguna dengan anda semua. Apa yang penting, kita akan dapat manfaat dari apa yang dikongsikan.... Mungkin juga beberapa isu yang menarik akan dibangkitkan...bukan untuk mewujudkan suasana tidak senang dikalangan pembaca, cuma sekadar untuk perbincangan dan pecahan-pecahan idea baru yang mungkin berguna untuk dijadikan penyelesaian. Semoga kita dapat sama-sama berkongsi pendapat dan idea yang menarik. Segala salah dan silap harap dimaafkan. -sb189119-