Langkau ke kandungan utama

Bola Sepak...

Tak tau nape hari ni rasa macam nak cakap pasal bola je...hehe...bukan ape, banyak liga utama dunia baru je habis dan telah menabalkan juara-juara untuk liga masing-masing. Yang terbaru, tentu la penabalan Manchester United sebagai juara bagi Liga Perdana Inggeris. Selain itu, liga La Primera di Sepanyol juga sudah mengesahkan kejayaan Real Madrid sebagai juara untuk dua musim berturut-turut.

PASILLO BARCA AL MADRID

Sebagai salah seorang penyokong Real Madrid, tentu sekali saya gembira dengan kejayaan menjuarai liga bagi musim 2007/2008 ini. Mungkin ada yang beranggapan bahawa kejuaraan yang dimiliki Madrid hanya hadir setelah Barcelona gagal mempersembahkan aksi terbaik, namun Madrid sememangnya layak untuk bergelar juara walaupun gagal mempamerkan aksi konsisten di awal musim. Mendapat tentangan dari musuh tradisinya, Barcelona, dan juga Villareal, Real madrid tentunya tetap gah di persada liga.

Photobucket

Begitu juga jika dilihat perkembangan di Liga Perdana Inggeris. Tentunya Man. Utd. begitu lega di atas kejayaan menjuarai EPL musim ini. Namun, kejayaan yang dimilikinya mungkin lebih manis kerana berjaya menyerap asakan dari 2 pasukan berbeza. Jika di awal musim, pencabar utama Man. Utd. adalah Arsenal. Tetapi Chelsea menjadi pencabar Man. Utd. di akhir musim. Malah, skuad bimbingan Sir Alex Ferguson ini masih lagi dalam pemburuan satu lagi kejuaraan, iaitu Liga Juara-juara Eropah yang turut menemukan pasukannya dengan Chelsea. Siapa yang akan berjaya kali ini? Tungguuuuuu......hehe

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...